Bandar Kuantan secara tiba-tiba menjadi sebutan selepas Kuantan disebut oleh salah seorang watak dalam animasi terkemuka Jepun, Jujutsu Kaisen.

Yang paling gembira pastinya peminat Jujutsu Kaisen di Malaysia dan pencipta Jujutsu Kaisen, Gege Akutami juga dikatakan pernah mengunjungi Malaysia dan jatuh hati dengan beberapa lokasi menarik dan makanan di sini. Antara lokasi yang pernah dikunjungi termasuklah Kuala Lumpur dan Penang Hill.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini dikuatkan lagi apabila beliau pernah mengabadikan lokasi Dataran Merdeka dan panel waktu tertera nama Kuala Lumpur di dalam komiknya.

Karya ini juga mempunyai peminatnya yang besar di Indonesia sehinggakan ada peminat setianya yang mempersoalkan pemilihan Kuantan berbanding lokasi yang lebih popular di Indonesia antaranya Bali.

Jujutsu Kaisen Indonesia-JJKI/FB

“Bang kenapa Malaysia, perlu di ‘fan service‘ padahal bisa ke Bali, Indonesia yang dah jelas bangga? Atau Gege Geming (Gege Akutami) ini penyokong Upin Ipin?” komen daripada salah seorang pengikut group tersebut.

Perkongsian tersebut bagaimanapun telah dipadam di laman. Rata-rata peminat JJK Indonesia menerima sahaja perkara tersebut kerana Malaysia sudah pun disebut dalam versi komik.

Dari sudut pandang peminat di Malaysia, sangat mengujakan untuk bandar Kuantan disebut kerana biasanya hanya Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pelancong. Yang pasti, penduduk di Kuantan boleh memanfaatkan peluang yang hadir ini dalam memajukan lagi sektor pelancongan di sana.