Peminat Inter Miami berang mahu kontrak Lionel Messi ditamatkan segera selepas bintang Argentina itu mengetawakan rakan sepasukannya kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Situasi itu berlaku ketika Inter Miami menentang kelab Jepun, Vissel Kobe pada aksi persahabatan pra-musim di Stadium Nasional Jepun semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0 dan ia terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penentuan sepakan penalti menyusul dengan Vissel Kobe terlebih dahulu gagal menyempurnakan sepakan, diikuti Robert Taylor yang menyaksikan sepakannya melepasi palang.

Penalti ala David Beckham itu menyebabkan Messi dan rakan sepasukannya, Jordi Alba dan DeAndre Yedlin ketawa.

Vissel Kobe kemudian memenangi penentuan penalti 4-3 dan tindakan Messi itu mencetus kemarahan peminat Inter Miami di media sosial.

“Kontraknya patut ditamatkan segera. Mengarut,” kata salah seorang peminat.

“Lelaki yang menjengkelkan, bagaimana dia boleh ketawa?” kata seorang lagi.

“Ronaldo pun akan mendesak Messi dijual dengan segera,” kata seorang peminat Messi di laman X.

Bagaimanapun, terdapat juga peminat mempertahankan tindakan Messi kerana ia sekadar perlawanan persahabatan bukan saingan Piala Dunia.

“Kerana ia hanya perlawanan persahabatan, Messi bukan Ronaldo yang anggap semua perlawanan persahabatan seperti Final Piala Dunia,” kata Oludamola di laman X.

“Anda nak dia menangis ke ketika perlawanan persahabatan?,” sindir peminat Messi dari Barcelona.

“Ia hanya perlawanan pra-musim di mana mereka bermain secara santai.

“Bagaimana pula dengan Ronaldo yang membaling lilitan kapten ketika perlawanan antarabangsa menentang Serbia dalam kelayakan Piala Dunia 2022?,” balas peminat setia Messi dari Argentina.

Beberapa hari lalu, peminat di Hong Kong mengejek Messi dan pemilik bersama kelab itu David Beckham sambil menjerit ‘pulangkan duit kami’ selepas bintang Argentina itu gagal turun bagi aksi persahabatan yang menyaksikan tiket habis dijual.