Serie A telah mengejutkan ramai pihak apabila sekali lagi menghantar notis mahkamah mahu menyaman YouTuber bernama LLuke92Fut atas alasan yang dianggap tidak masuk akal.
Serie A telah menuntut YouTuber itu membayar saman atas alasan pelanggaran hak cipta. Dan ini adalah tuntutan kali kedua dibuat oleh Serie A – dan kedua duanya telah kalah.
Apakah isu hak cipta yang dilanggar Luke92Fut?
Menurut Serie A, YouTuber itu melanggar hak cipta kerana membuat rangkuman (highlight) perlawanan menggunakan permainan video.
YouTuber itu tidak mengambil atau mencuri video Serie A, sebaliknya dia hanya mencipta semula gol yang dihasilkan dalam aksi sebenar ke dalam bentuk permainan video.
Sebenarnya, ia memerlukan usaha yang banyak untuk melakukannya.
Dia turut menghasilkan semula gol yang dijaringkan pada aksi UCL. Namun yang tiba tiba menggeletar mahu menyamannya adalah Serie A.
Panel The Italian Football Podcast pelik dengan tindakan Serie A: “Serie A telah membuat tuntutan saman ke atas YouTuber Luke92Fut, bukan kali pertama, tetapi dah kedua kalinya. Dan mereka kalah sekali lagi.
“Menurut Serie A, Luke telah melanggar akta hak cipta dengan meniru dan menghasilkan semula gol pemain pemain Serie A – dan Serie A anggap ini satu kesalahan dan menyaman Luke. Dan Serie A kalah lagi buat kali kedua.”
Menurut seorang lagi panelis: “Secara perundangan, pakar perundangan tahu itu tidak melanggar akta hak cipta hanya dengan menggunakan video game untuk mencipta semula rangkuman perlawanan.
“Ini bukti, liga kita sekarang sedang diuruskan orang orang dungu.”
Rakannya setuju: “Kebodohan ini membuatkan mahkamah di Genoa yang menerima kes ini jadi menyampah. Dan ia mewakili imej Serie A itu sendiri,” kata panelis yang setuju bahawa Serie A kini menjadi bahan jenaka.
Sedangkan berdekad lalu, Serie A menjadi liga idaman semua pemain terbaik dunia untuk beraksi.
@itafootpod The crazy story of Serie A trying to sue a FIFA YouTuber @Luke92Fut #fyp #seriea