Saingan liga amatur yang menjadi medan untuk mencari bakat terpendam dalam negara ketika ini mendapat perhatian apabila dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain dan juga pegawai pasukan.

Menurut perkongsian salah seorang pengguna di laman media sosial X, sebuah liga bertaraf Liga M5 di Putrajaya baru-baru ini dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain dan pegawai dua pasukan yang sedang bertemu baru-baru ini.

Baca Juga:

Kelihatan dalam video di atas pengadil perlawanan yang terlibat dan beberapa anggota keselamatan cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku.

Insiden ini bukanlah kali pertama berlaku dalam tempoh waktu seminggu kebelakangan ini dimana sebelumnya liga yang menjadi tempat pembangunan pemain muda iaitu Liga Suparimau yang merupakan liga rasmi yang dikelola oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga dicemari dengan insiden yang tidak diingini itu.

Dapat dilihat dalam video di atas segelintir pemain dan pegawai dari kedua-dua pasukan saling kerjar-mengejar dan berbalas pukulan antara satu sama lain.

Melihat kepada dua kejadian ini, peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku dimana insiden pergaduhan dalam liga amatur dan juga liga pembangunan tidak sepatutnya berlaku.

Apa yang lebih membimbangkan adalah insiden pergaduhan dalam saingan Liga Suparimau itu membabitkan pemain yang rata-rata berusia 16 tahun ke bawah, satu kategori umur yang mana pemain hanya perlu fokus untuk bermain bola dan tidak melampiaskan emosi di atas padang.

Pihak penganjur perlu lebih proaktif dalam mengambil langkah untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang bagi memastikan saingan bola sepak di peringkat akar umbi berkembang dengan baik sekaligus membantu ekosistem bola sepak negara.