Ribuan peminat Cristiano Ronaldo dilaporkan berkumpul di hadapan gereja di Madeira kerana menyangka bintang Portugal itu bakal berkahwin dengan Georgina Rodriguez hari ini.
Namun, mereka hampa kerana Ronaldo dan teman wanitanya, Georgina Rodriguez tidak berkahwin pada hari ini, sepertimana dilaporkan akhbar tabloid The Sun.
Kakak Ronaldo, Katia Aveiro, tampil membidas kekeliruan tersebut menerusi Instagram. Dia mengecam khabar angin itu yang dianggap tidak bertanggungjawab.
Ada peminat yang datang dari luar Madeira dan Portugal. Datang ke Madeira kerana mahu meraikan hari bersejarah idola mereka itu.

Dia menulis: βAda ratusan orang menunggu Cristiano dan Gio yang tidak akan berkahwin hari ini, hanya berdasarkan khabar angin daripada akhbar βThe Sunβ.”
π¨π² π‘ππͺ: Cristiano Ronaldo's sister via IG: "There are hundreds of people waiting for Cristiano and Gio who aren't getting married today, just based on a rumor from 'The Sun' newspaper." pic.twitter.com/ZTG5tWqbRE
— The Touchline | π (@TouchlineX) August 8, 2026
Sebelum ini, laporan media memang rancak mendakwa Ronaldo dan Georgina bakal melangsungkan perkahwinan di Madeira.
Malah, lebih 2,000 peminat dilaporkan berkumpul di luar sebuah gereja, lengkap dengan jersi nombor 7, sebelum mereka menyedari majlis yang berlangsung sebenarnya ialah perkahwinan pasangan orang tempatan biasa.

Ronaldo dan Georgina sudah bertunang sejak 2025, namun tarikh rasmi perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya.