Seorang pempengaruh terkenal, Simon Wilson terkejut dengan harga parkir di stadium Piala Dunia. Di mana harganya bermula U$D150 (RM610) sehingga U$D600 (RM2,441.50).

Untuk parkir biasa, sebuah kereta dikenakan U$D150 dan U$D600 untuk kereta besar.

Pada mulanya Simon Wilson menyatakan bahawa itu mungkin cuma satu gurauan.

Dan dia tidak mahu untuk membelanjakan wang sebanyak itu untuk meletakkan kenderaan di kawsasan parkir tersebut.

Lalu dia turut bertanya kepada rakannya: “Mana yang lebih mahal, parkir di Amerika Syarikat atau Dubai?”

Rata rata mereka setuju bahawa di AS ini terlalu mahal.

Dia kenudian mempersoalkan harga tidak masuk akal itu kepada petugas yang menjaga parkir, untuk kepastian. Mungkin tanda harga itu merujuk kepada harga perkhidmatan lain.

Simon berkata: “Tidak mungkinlah kamu nak kenakan bayaran U$D150 untuk parkir?”

Dan petugas di situ mengesahkan, memang itu kadar bayaran di kawasan tersebut.

Simon Wilson benar benar terkejut dengan jawapan itu.

Kadar tersebut adalah kadar rata untuk zon tersebut, tidak kira, kenderaan diletakkan di mana.

Petugas parkir juga mengesahkan bahawa tiada parkir percuma di kawasan tersebut.

Simon Wilson dan rakannya berseloroh: “Parkir semahal itu, siap dengan cucian kereta sekali kah?”

Petugas itu menjawab: “Tidak, cuma parkir sahaja.”

Mereka kemudian menegaskan bahawa harga parkir itu memang tidak masuk akal dan mereka tidak akan parkir di situ.

“Tapi tidak mengapa, kami bukan salah kamu pun, kami tak setuju dengan harga parkir terlalu mahal ini,” kata Simon yang meminta jika petugas itu ada cadangan untuk parkir lebih murah di kawasan berdekatan.

Petugas tersebut menegaskan memang ada, namun mereka perlu berjalan kaki sangat jauh untuk ke pintu masuk stadium.

Dia dan rakan rakannya beredar dan berkata: “Saya tidak akan membayar U$D150 untuk parkir. Itu belum campur harga tiket perlawanan.”

Namun akhrnya mereka akur dan terpaksa parkir di kawasan tersebut.

Mereka bertemu dengan seseorang yang sudah 2 kali parkir di situ untuk menyaksikan aksi Piala Dunia. Lalu Simon menegaskan bahawa itu mungkin sama harga sewaan kereta untuk seminggu.

Dan lelaki itu mengesahkan ya. Kerana kadar sewaan kereta seminggu adalah U$D300 ke U$D400 untuk 7 atau 8 hari.

@simonjwils

$150 Parking at the World Cup 🚘⚽ #expensive #parking #worldcup #fifa #travel

♬ original sound – Simon Wilson