Liverpool hampir pulang hampa dari Turf Moor, selepas Burnley menunjukkan aksi sangat kental ketika bertahan.

Skuad bimbingan Arne Slot perlu menunggu sehingga lewat masa kecederaan minit ke-90+5, iaitu saat akhir sebelum wisel penamat dibunyikan. Memandangkan pengadil memberikan 5 minit masa kecederaan.

Arne Slot memutuskan untuk tidak terburu buru menggunakan Alexander Isak dalam perlawanan ini. Kerana pemain itu menurutnya masih perlu mendapatkan tahap kecergasan terbaik untuk beraksi.

Ini kerana dia tidak beraksi dalam aksi pra musim dan baru sahaja menyertai skkuad.

Liverpool berkeringat mencari gol di Turf Moor. Pada satu ketika mereka menguasai sehingga 82% penguasaan bola. Namun pertahanan Burnley sangat kental.

Kesilapan Hannibal

Bekas pemain muda Man United, Hannibal Mejbri, pada minit ke-90+4 membuatkan Liverpool mendapat penalti. Mo Salah yang sebelum ini gagal dalam penalti menentang Palace, kali ini  tiada masalah memastikan penaltinya masuk.

Gol itu memastikan legenda hidup Liverpool itu kini menjadi penjaring keempat sepanjang zaman dalam senarai penjaring EPL, memintas Andy Cole.

Liverpool berjaya membawa pulang 3 mata. Dan mengekalkan rekod permulaan 100% mereka pada musim ini.