Trend di luar kebiasaan sedang berlaku di beberapa bandar besar China dimana penganggur di kalangan belia sanggup untuk membayar demi kelihatan bekerja.

Terdapat syarikat yang menawarkan simulasi menyerupai pejabat kepada pelanggan, dimana mereka mengenakan bayaran antara 30 yuan dan 50 yuan (kira-kira RM18 hingga RM30) sehari.

Baca Juga:

Menurut laporan, ini merupakan salah satu cara untuk melepaskan diri daripada tekanan masyarakat atau ibu bapa yang yang sentiasa mendesak anak mereka untuk segera bekerja.

China

Trend Yang Sedang Meningkat Naik Di China

Malah, ada syarikat yang menjalankan “temu bual pura-pura” dan menetapkan kod kelakuan seperti “bekerja dari 9 pagi hingga 6 petang”, “tidak merokok di pejabat” dan “tiada percintaan pejabat”.

Seorang wanita bekerja di syarikat “pura-pura” selama sehari hanya untuk membuat rakaman untuk akaun media sosialnya.

China

Dia mengambil selfie dirinya di pejabat dan menghantarnya kepada ibunya untuk menunjukkan bahawa dia “telah mendapat pekerjaan yang sesuai”.

Ryan, yang bekerja di sebuah firma kerja pura-pura di wilayah Jiangsu di utara Shanghai selama enam bulan, berkata dia tidak dapat mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian 18 bulan lalu.

China
Office workers cross a road in Beijing’s central business district on July 31, 2025. (Photo by GREG BAKER / AFP)

Dia sentiasa menghantar “gambar bekerja” yang diambilnya di pejabat kepada ibu bapanya dan berkata berpura-pura bekerja setiap hari selama lapan jam memberinya rutin dan rasa selamat.

Kadar pengangguran belia China, yang meliputi mereka yang berumur 16 hingga 24 tahun yang tinggal di kawasan bandar dan tidak termasuk pelajar, adalah 15.8 peratus pada separuh pertama 2025.