The 1975 semalam telah membatalkan penampilan mereka di Indonesia dan Taipei setelah insiden kelakuan jelek dan bodoh yang dilakukan oleh vokalis utama kumpulan tersebut.

Mereka yang dijadualkan mengadakan persembahan di Indonesia semalam dan Taipei minggu ini tidak dapat berbuat demikian dengan memberi alasan bahawa ‘situasi semasa’ telah menyebab mereka menarik diri.

Baca Juga:

“Kugiran ini tidak pernah mengambil keputusan untuk membatalkan persembahan secara mudah dan sudah tidak sabar untuk membuat persembahan untuk peminat di Jakarta dan Taipei, tetapi malangnya, disebabkan keadaan semasa, adalah mustahil untuk meneruskan persembahan sepertu yang dijadualkan.” membaca kenyataan.

Kumpulan itu telah diharamkan di Malaysia minggu lalu selepas vokalis mengkritik kerajaan negara Malaysia dan undang-undang anti-LGBTQ serta mencium pemain bass kumpulan itu di atas pentas semasa set Jumaat mereka di Good Vibes Festival.

Bagaimanapun, rata-rata netizen melihat tindakan mereka sebagai pengecut dan tidak berani. Netizen Indonesia juga tampil mempertahankan rakyat Malaysia sambil melihat aksi jijik 1975 itu seolah-olah tidak menghormati negara yang mereka lawati untuk membuat persembahan.