Kriptowang sering dianggap sebagai solusi terbaik dalam menuju ke arah urusan kewangan yang lebih telus. Namun begitu, ada segelintir pihak yang menggunakan saluran ini untuk membuat aktiviti haram menerusinya kerana tidak boleh dijejaki oleh pengguna.

Kumpulan penggodam yang bekerjasama dengan Korea Utara mencuri aset kriptowang bernilai $721 juta (~RM3.2 bilion) dari Jepun sejak 2017, lapor akhbar harian perniagaan Nikkei hari ini, menurut kajian oleh penyedia analisis blockchain UK Elliptic.

Baca Juga:

Sumber Gambar: the United Nations

Difahamkan jumlah itu bersamaan dengan 30% daripada jumlah kerugian yang dialami di seluruh dunia. Menurut Elliptic, yang menjalankan analisis bagi akhbar Jepun, Korea Utara mencuri $2.3 bilion (RM10.3 bilion) dalam mata wang kripto daripada perniagaan antara 2017 dan 2022.

Laporan itu dibuat selepas mesyuarat G7 peringkat Menteri Kewangan dan gabenor bank pusat, dengan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyokong langkah untuk mengatasi ancaman yang semakin meningkat daripada aktiviti haram seperti kecurian aset kripto dengan sokongan kerajaan tertentu.

Pada ketika ini, harga kriptowang masih dalam keadaan stabil sekaligus ramai penganalisa menjangka lonjakan nilai yang drastik pada tahun ini. Jadi, ramai pemain yang bertungkus-lumus mahu menyimpan kriptowang mereka untuk melihat peningkatan nilai di kemudian hari.