Bila teknologi semakin maju, maksudnya semakin banyak langkah keselamatan yang perlu diambil terutamanya di dalam bahagian perbankan. Sudah banyak kes wang simpanan lesap di dalam akaun bank pengguna yang dilaporkan pada saban hari.

Selaras dengan itu, CIMB kini mewajibkan semua pengguna CIMB Clicks atau CIMB OCTO melakukan pengesahan panggilan suara apabila melog masuk ke aplikasi buat pertama kali pada peranti baharu. Pengesahan panggilan akan dilakukan dalam memastikan log masuk tersebut dilakukan oleh pemilik akaun CIMB tersebut dan bukannya pihak lain.

Baca Juga:

Sumber Gambar: CIMB Clicks

Untuk melakukanya, anda perlu menghubungi khidmat pelanggan CIMB di talian  +603-6204 7788 sebaik telah melog masuk pada aplikasi. Selepas itu, pihak perbankan akan cuba melakukan panggilan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas mendapat akses.

Sekiranya seseorang pengguna itu sukar dicapai dalam tempoh tersebut, pihak CIMB akan menyahaktifkan akaun CIMB Clicks sebagai langkah berjaga-jaga. Ciri ini ditambah sebagai salah satu usaha membanteras kes penipuan yang semakin kerap terjadi pada hari ini.

Ciri pengesahan menerusi panggilan ini juga dijangka akan terus ditambah baik pada awal tahun 2023 untuk memastikan keselamatan para pengguna lebih terjamin ketika menggunakan perkhidmatan CIMB. Jadi, anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai cakna berkenaan langkah sekuriti baru ini untuk peranti baru.

Sumber