Menjadi pemilik homestay bukanlah mudah, walaupun pendapatan boleh dikatakan lumayan tetapi banyak cabaran perlu dihadapi terutama sekali penyewa.
Terbaharu, sebuah video tular di TikTok memaparkan pemilik homestay yang sedih apabila penyewa homestay telah melakukan aktiviti BBQ di dalam rumah.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
@rumahtanggamerah Bukan mudah untuk uruskan homestay. Bila jadi situasi begini, jadi speechless.
Susulan itu, pemilik homestay terpaksa membersihkan seluruh rumahnya apabila lantai berminyak dan seluruh fabrik di rumah berbau asap.
Malah penyewa tersebut juga keluar rumah dengan begitu lewat sehingga melambatkan proses pembersihan untuk penyewa seterusnya.
Lantaran itu, pemilik homestay menjelaskan situasi dan terpaksa membatalkan pesanan penyewa baru disebabkan tindakan penyewa lama.
Video tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab penyewa.
Malah, ada juga netizen berasa pelik bagaimana penyewa itu boleh melakukan aktiviti BBQ di dalam rumah dan bersimpati dengan situasi yang dihadapi pemilik homestay.