Seorang penjawat awam yang dikenali sebagai Fahmi, 38 tahun terpaksa menanggung kerugian apabila namanya disenaraihitam selepas rakan kongsi perniagaannya tidak membayar semula pinjaman.

Isu itu bermula apabila rakannya itu meminta dia membantu menjelaskan hutang perniagaan.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya berkali-kali memberitahunya untuk menjelaskan hutang apabila perniagaan itu mengaut keuntungan besar tetapi dia cuai,” katanya kepada Kosmo!.

“Apabila dia mahukan pinjaman, dia datang ke rumah saya dan merayu kepada saya,” kata Fahmi yang tinggal di Pulau Pinang.

Fahmi berkata rakannya mencadangkan dia mengambil pinjaman peribadi RM100,000 atas kapasitinya sebagai penjawat awam.

Selepas pinjaman diluluskan, dia membayar RM800 sebulan selama enam bulan.

Sehinggalah satu hari itu, Fahmi mendapat panggilan daripada pihak bank memaklumkan tiada bayaran dibuat sehingga berbulan-bulan lamanya.

Dia mendapati rakanya tidak dapat dihubungi dan telah menukar nombornya. Akhirnya Fahmi disenaraihitamkan.

“Saya pergi ke rumahnya tetapi keluarganya memberitahu saya dia berpindah ke Kuala Lumpur selepas dia berpisah dengan isterinya.

“Hati saya dipenuhi dengan kebencian dan kemarahan saya membuak-buak apabila saya terjumpa gambar dia di media sosial bercuti ke luar negara dan membeli barangan berjenama.”

Fahmi berkata, dia masih belum menjelaskan hutangnya dan terpaksa menjadualkan semula pembayaran pinjaman tersebut.