Arsenal berdepan kritikan daripada sebahagian penyokong mereka sendiri selepas mengumumkan kerjasama komersial dengan syarikat HR global Deel, yang diasaskan oleh individu yang mempunyai kaitan latar belakang Isra*l.

Sebenarnya, sejak berita tentang rundingan antara Arsenal dan Deel beberapa bulan lalu lagi, sudah ramai penyokong Arsenal menyuarakan bantahan.

Sebelum ini Arsenal memiliki penaja Visit Rwanda yang juga kontroversi selepas negara itu didakawa melakukan penindasan.

Menurut laporan Middle East Eye, pengumuman perkongsian jangka panjang itu mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan segelintir penyokong serta aktivis pro-Palestin yang mempertikaikan hubungan kelab dengan syarikat tersebut.

Sebahagian peminat Arsenal meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial, mendakwa kelab sepatutnya lebih berhati-hati dalam memilih rakan komersial, terutama yang boleh dikaitkan dengan isu geopolitik sensitif.

Seorang peminat bernama Fari berkata: “Saya sudah menjadi penyokong Arsenal sejak saya darjah 6. Walaupun banyak isu pengurusan yang berterusan dan kegagalan, saya tetap berdiri bersama kelab ini dan tidak pernah terfikir untuk berhenti menyokongnya.

Namun semakin lama, saya semakin yakin bahawa kelab ini sedang bergerak ke arah yang salah. Berdiri bersama mereka yang melakukan pemb*nuhan beramai-ramai (gen*sid). Dan menghukum mereka yang menentangnya.” Kata Fahri yang menyindir tentang seorang kitman Arsenal dipecat sebelum ini kerana mesej solidariti buat P*lestin.

Aktivis Leyla Hamed juga mengecam penajaan tersebut. Menganggap tiada apa yang harus dibanggakan keraan Deel dianggap syarikat Zi*nis.

Leyla mengecam pemilik Deel, Alex Bouaziz dengan berkata: “Ada gen*sid sedang berlaku, Alex. Jika ada sesuatu yang tak ada makna untuk diraikan, ianya adalah perjanjian denggan syarikat Zion*s milik kamu.”

Ramai lagi penyokong Arsenal terus mengecam perjanjian tersebut dan menuduh Alex Bouazis antara tokoh yang lantang menyokong Zion*s. Dia juga menuduh Ham*s sebagai pengganas.

Sebelum ini Bouazis yang merupakan warga Isre*l-Perancis dengan terbuka menyatakan sokongan kepada tentera Zi*nis dalam misi ketenteraan mereka di G*za.

Dia berkata: “Terima kasih kepada semua — pelanggan, rakan kongsi, rakan sepasukan — atas semua mesej yang diberikan. Saya dan keluarga selamat, tetapi apa yang sedang berlaku di sini benar-benar mengerikan.

“Saya sendiri tak mampu memahami bagaimana sesiapa boleh membenarkan keganasan — dan itulah sebenarnya apa yang berlaku — yang dilakukan oleh H*mas.

“Apa yang negara kami sedang lalui adalah sesuatu yang sangat kejam, luar biasa, dan belum pernah terjadi sebelum ini. Saya sukar mencari kata-kata yang benar-benar mampu menggambarkan apa yang kami semua sedang rasakan.

“Kebimbangan terbesar saya sekarang adalah terhadap rakan sepasukan kami dari Isr*el yang merupakan anggota simpanan tentera dan kini dipanggil untuk menyertai peperangan.

“Fokus kami ketika ini adalah untuk menyokong mereka, begitu juga pelanggan dan rakan kongsi kami yang turut berada dalam situasi sama bersama pasukan mereka.

“Hati saya bersama semua yang terkesan. Kita akan terus bertahan dan mengharungi semua ini. Am Yisr*el Chai (“Bangsa Isr*el akan terus hidup”).

Di media sosial lebih ramai peminat terus mengecam perjanjian antara Arsenal dan Deel yang dianggap sangat mengecewakan peminat, terutama sekali mereka yang menyokong pembebasan dan keamanan di Palest*n.

Penyokong Arsenal Kecewa Perjanjian Dengan Syarikat Milik Warga Isr**el Penyokong Z*onis

Namun dalam masa sama, ada juga penyokong yang menyifatkan kritikan itu keterlaluan, menegaskan bahawa Deel ialah syarikat global berasaskan teknologi dan beroperasi secara antarabangsa, bukan entiti politik.

Selain itu mereka juga mempertahankan Deel sebagai cuma diasaskan oleh usahawan Amerika yang berwarganegara Perancis-Isr*el, di San Francisco. Namun mereka ada satu cawangan di Tel Aviv. Ada yang mempertahankan Deel adalah syarikat Amerika Syarikat.