Penyokong Celtic kibarkan tifo meminta agar Israel ditendang daripada UEFA.
Ini berikutan krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza telah menghancurkan kawasan tersebut.
Penyokong Celtic kekal konsisten bersolidariti untuk Palestin sejak dari dulu lagi.
Ultras mereka, The Green Brigade sentiasa lantang menyatakan sokongan mereka kepada Palestin walaupun beberapa kali dikenakan tindakan oleh UEFA.
Tak Peduli Dengan UEFA, Ultras Celtic Buat Soldariti Untuk Palestin
Dalam aksi play off ke pusingan kalah mati antara Celtic dan Bayern Munich bertempat di Celtic Park, Green Brigade menaikkan tifo: “Layangkan kad merah kepada Israel.”
Show Israel the red card š„ pic.twitter.com/2HJenJ1mBh
— Hargi (@hargi_) February 12, 2025
Tulisan Isarel dibuat dengan corak berdarah. Merujuk kepada perbuatan negara tersebut di Gaza. Mereka turut mengibarkan bendera Palestin.
Penyokong Celtic hantar mesej kepada dunia
Tifo tersebut meraih perhatiann ramai pihak. Mereka mengucapkan terima kasih kepada peminat Celtic yang memberikan mesej tersebut kepada dunia.
Konvict berkata: “Tunjukkan kad merah dan jari tengah sekali buat mereka.”
Ada juga meminta agar Israel digantung daripada menyertai mana mana acara sukan.
Tindakan FIFA dan UEFA yang tidak menghukum Israel dianggap pilihĀ kasih.
Ini kerana sebelum ini pasukan bola sepak kebangsaan Rusia dan Liga Rusia dikenakan tindakanĀ selepas Rusia menceroboh Ukraine.
Lantas peminat termasuk penyokong Celtic mahukan tindakan yang sama diambil ke atas Israel.
Rusia digantung daripada menyertai kejohanan di bawah seliaan UEFA dan FIFA termasuk, Piala Dunia, Euro serta pusingan kelayakan kejohanan tersebut.
Keputusann di atas padang, Celtic tewas tipis 1-2 di tangan gergasi Jerman, Bayern Munich.
Jerman mendahului dengan 2 gol menerusi Michael Olise dan Harry Kane.
Celtic merapatkan jurang gol pada minit ke-79 menerusi Daizen Maeda.
Bermakna Celtic masih ada peluang untuk melakar kejutan ke atas gergasi Jerman itu walaupun tugasanĀ itu nampakĀ sukar.
Ini kerana aksi kedua akan dilangsungkan di Munich selepas ini.