Seorang penyokong kelab EPL iaitu Brighton & Hove Albion tidak dibenarkan masuk ke stadium ekoran memakai baju yang bertuliskan Palestine.
Roger Wade, penyokong yang memegang pas bermusim Brighton sejak 10 tahun lalu digantung dari memasuki stadium sebanyak lima perlawanan kerana perbuatannya itu.
Baca Juga:
- Piala Dunia Kelab 2025: FIFA Turunkan Gambar Pemain Al Ahly Kerana Pakai Gelang Free Palestine

- Bekas Kitman Arsenal Tak Menyesal Sokong Palestine Meskipun Dipecat

- Ultras PSG Melawan Arus, Laung Sokongan Terhadap Palestine

Penyokong Kelab EPL Dihukum Kerana Baju Palestine
“Minggu lalu, saya dihukum hanya kerana memakai baju yang bertuliskan Palestine semasa perlawanan menentang Fulham.

“Pada rehat separuh masa, ada seorang pegawai meminta saya untuk meninggalkan tempat duduk tanpa sebarang penjelasan.
“Saya menolak dan kembali ke tempat duduk. Saya menulis surat aduan rasmi tetapi mereka mengeluarkan surat penggantungan terhadap saya,” tulis Roger.

Kejadian ini bukan kali pertama berlaku melibatkan kelab yang beraksi dalam saingan EPL.
Sebelum ini, seorang wanita yang merupakan penyokong Everton tidak dibenarkan masuk kerana memakai baju Palestine.
Beliau tepaksa memakai jaket untuk memasuki stadium kerana membawa anak-anaknya untuk menyaksikan perlawanan.