Penyokong Vietnam tidak melepaskan peluang untuk menyindir Harimau Malaya dengan kapsyen sindiran.
Malaysia berkunjung ke Stadium My Dinh untuk aksi timbal balik pusingan Kelayakan Piala Asia 2027. Di mana Malaysia sudah sah tersingkir daripada persaingan kerana penolakan mata.
Ini selepas CAS tidak menerima rayuan FAM untuk mengesahkan status pendaftaran 7 pemain warisan Harimau Malaya.
Tujuh pemain tersebut ialah Facundo Tomas Garces Rattaro, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Cuma CAS mengurangkan sedikit hukuman dengan memberikan kebenaran kepada pemain berlatih dengan kelab masing masing dalam tempoh penggantungan mereka.
Vietnam menerusi VFF adalah organisasi yang membuat aduan rasmi kepada FIFA selepas kekalahan mereka di tangan Malaysia pada pusingan pertama sebelum ini.
Dan kali ini Vietnam melunaskan dendam mereka ke atas Harimau Malaya dengan kemenangan 3-1.
Fulltime 🇻🇳 3-1 🇲🇾
5’ Do Duy Manh
51’ Nguyen Xuan Son
59’ Nguyen Xuan Son76’ Endrick Dos Santos (P)#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2027Qualifiers pic.twitter.com/xBqNADplkn
— Malaysia NT (@malaysia_nt) March 31, 2026
Di tempat duduk penyokong kelihatan sekumpulan penyokong Vietnam mempersenda Harimau Malaya dengan sindiran: ‘Kami adalah pelancong bukannya Harimau.”
Ianya ibarat menyapu garam pada luka Harimau Malaya yang masih lagi terkesan dengan hukuman oleh FIFA.
Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Akhiri Kempen Dengan Kekalahan 1-3 Di Tangan Vietnam
Ianya ditujukan kepada 7 pemain warisan yang didapati bersalah menggunakan dokumen palsu oleh FIFA. Meskipun FAM mengesahkan bahawa kesemua pemain tersebut memiliki kewarganegaraan asli daripada kerajaan Malaysia.
