Bekas  penganalisis prestasi pasukan Perak FC meminta kelab itu segera membayar tunggakan gajinya menerusi hantara di Facebook. Ini kerana dia sudah buntu.

Azim merupakan bekas penganalisis prestasi Terengganu FC sebagai salah seorang daripada staf kejurulatihan Nafuzi Zain. Azim kemudian menyertai Perak FC pada 2022.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Namun kini dia sudah tidak berkhidmat lagi dengan Perak FC. Malangnya, masih ada tunggakan gaji yang masih belum dibayar oleh kelab tersebut.

Menurut bekas penganalisis tersebut, selain daripada gajinya masih belum dibayar. Dia juga mempersoalkan tentang KWSP dan cukai pendapatan.

Dalam statusnya sebentar tadi, Azim berkata: “Hai Perak Football Club. Bila nak bayar baki tunggakan gaji saya ya? Income tax [cukai pendapatan] dan [caruman ] KWSP [Kumpulan Wang Simpanan Pekerja]?

“Saya ada anak dan isteri untuk di tanggung, ada komitmen yang perlu di bayar. Nak beli susu dan pampers anak ni.”

Dalam kenyataannya kepada The Vocket, Azim turut menyatakan bahawa Perak FC sudah berjanji untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan KWSP dan juga cukai pendapatan.

Azim menambah: “Sehingga sekarang saya masih belum boleh dapatkan lebihan dari E-filing saya di LHDN dan juga KWSP di akaun fleksibel.

“Daripada makluman saya dapat sebelum saya keluar. Mereka [janji] akan bayar secara ansuran 2 benda tu.”

Beberapa minggu lalu, Perak FC mengumumkan perletakan jawatan oleh Pegawai Eksekutif Interim pasukan Perak FC, Bobie Farid yang mengakui dia menggalas tugasan itu sejak 2022, tanpa sebarang gaji.