Uqasha Senrose tampil mendedahkan perangai pembantu peribadinya yang menurutnya berperangai kekampungan. Ini setelah namanya dikaitkan dengan berita artis memukul pembantu peribadi.

Menurut Uqasha dia melayan pembantu peribadinya dengan sangat baik. Serta memberikan kebebasan kepadanya untuk tidur di rumahnya serta keluar masuk rumah sesuka hati.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Uqasha juga sentiasa membayar penuh gaji pembantunya itu walaupun tidak ada shooting pada bulan tersebut.

Menulis di ruangan IG miliknya, Uqasha berkata: “I amik kerja tanpa tanya apa history you, layan you baik siap duduk rumah tidur rumah keluar masuk macam rumah sendiri. Tak shooting pun gaji bulanan tetap sama, tapi kerana terlalu selesa ini balasan you dekat orang?”

Seterusnya, dipetik dari Beautifulnara Uqasha mendedahkan bahawa pembantu peribadinya itu tidak menghormati ruang peribadi di dalam rumahnya.

“Pertama sekali, dia masuk blik tidur orang tanpa kebenaran. Dan macamanalah dia boleh tahu ada banyak duit dalam tu pun kita pun jem otak. Dah ada pembantu rumah yang kemas, kenapa u jugak yang nak masuk bilik I dan kemas bilik I,” tegas Uqasha.

Uqasha turut pelik dengan sikap pembantu peribadinya itu yang tanpa rasa bersalah masuk ke bilik tidurnya sehingga ada barang yang hilang. Uqasha menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu percayakan pembantu peribadinya itu.

Bukan itu sahaja, pembantu peribadinya juga dikatakan suka memakai baju tidur miliknya sesuka hati serta mengusik barang barang di dalam bilik tidurnya tanpa kebenaran.

Uqasha yang bengang berkata: “Tak cukup masuk keluar rumah orang sesuka hati, tambah pula main pakai baju tidur orang sesuka hati. Perangai kampung mana ni?”

Satu lagi perangai yang membuatkan Uqasha menyampah dengan pembantu peribadinya itu adalah sikap suka memburuk burukkan majikan lamanya.