Mungkin ramai antara kita yang membawa masuk botol air ke dalam kereta sebagai bekal untuk diminum ketika dalam perjalanan dan ada juga kadang-kadang antara kita terlupa untuk membawa keluar botol air yang telah digunakan daripada kereta.
Perbuatan ini sebenarnya dikatakan sangat berbahaya dari aspek keselamatan dan tindakan ‘meletakkan botol air ikut suka ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian’ menurut satu perkongsian di Facebook.
Bagaimana ia boleh membawa maut? Adakah ia akan meletup seperti power bank dan mengakibatkan kebakaran kepada kereta kita?
Menurut kiriman yang dikongsikan oleh akaun Facebook Polis Daerah Pendang, botol air tersebut bukannya akan meletup seperti yang dijangkakan ramai, namun ia akan mengganggu pemandu ketika sedang mengendalikan kenderaan.
Perkara ini terjadi kerana kebanyakan daripada kita akan meletakkan botol air ini di bawah kerusi pemandu atau kerusi penumpang ketika sedang memandu.
“Jika kenderaan mula hilang kawalan, botol tersebut, sama ada yang bersaiz 250 ml atau 1.5 liter, atau pun lain-lain bekas minuman boleh tersangkut di bawah pedal brek.
“Tak kira bagaimana kuat sekalipun anda pijak pedal brek tersebut, ianya tidak membantu kerana tekanan yang amat tinggi diperlukan untuk membuatkan botol tersebut pecah,” jelas perkongsian tersebut.
Malah, jika berjaya memecahkan botol air yang tersangkut di bawah pedal brek itu sekalipun, kita masih diancam bahaya kerana dalam situasi cemas seperti kemalangan setiap saat yang berlalu adalah sangat penting.
Bagi pembaca yang masih ragu-ragu dengan kemungkinan perkara ini boleh terjadi, sebenarnya memang ada kejadian botol air tersangkut di bawah pedal brek ini berlaku.
Pada 2014, seorang wanita di Thailand, Supaporn Wiangnak maut selepas keretanya terjunam dari tingkat 8 kawasan parkir sebuah pasar raya di sana dan siasatan pihak forensik selepas itu mendapati ‘botol air yang diletakkan ikut suka’ adalah merupakan penyebab kemalangan.
Botol air tersebut dikatakan tersangkut antara pedal minyak dan brek di mana mangsa ketika itu menekan pedal brek tetapi tekanan yang dikenakan itu sebenarnya berlaku kepada pedal minyak dan menyebabkan kereta Honda Civic yang dipandunya mencapai 5,000 rpm dan hilang kawalan sebelum terjunam.
Berbalik kepada perkongsian di Facebook tadi, penulis asal kiriman tersebut juga bercerita mengenai pengalaman rakannya yang bekerja sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam yang pernah melihat kejadian tersebut ketika sedang bertugas.
Dalam misi menyelamat kemalangan maut itu, mangsa dikatakan gagal untuk mengawal kenderaan selepas pedal brek keretanya tersangkut dengan botol air milik anaknya ketika itu.
Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kejadian sama berlaku kepada diri kita dan ahli keluarga yang memandu kenderaan?
“Sekiranya kereta anda tidak mempunyai cup holder, mungkin anda patut membeli cup holder (third party) atau meletakkan botol air pada tempat yang mana ianya tidak akan bergolek ke sana-sini ketika pemanduan dibuat. Sekiranya kereta anda ada built-in cup holder, maka gunakannya sebaik mungkin,” kongsi penulis.
Selain itu, anda juga boleh amalkan pemeriksaan rutin setiap kali sebelum memandu atau menaiki kenderaan bagi memastikan tiada botol-botol air yang berada di lantai kenderaan anda.
Bukan saja cup holder atau pemegang cawan sahaja yang perlu digunakan dengan betul tetapi penggunaan dan pemakaian baby car seat juga sebenarnya perlu diutamakan. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui kenapa ia sangat penting.
Netizen Tekankan Pentingnya ‘Baby Car Seat’ Selepas Insiden Bayi Tercampak Dari Kereta
Ini Cara Jurujual Masukkan Kereta Pameran Ke Dalam Pusat Membeli-Belah
Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba