Pasukan Terengganu FC terpaksa menjalani sesi latihan tertutup selepas pergerakan salah seorang pemain mereka iaitu Akhyar Rashid diekori oleh individu tidak dikenali.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim dimana langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Baca Juga:

Kes samun yang dialami oleh Akhyar masih belum selesai dimana Hishamuddin berkata kes tersebut sudah diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

“Ekoran kes yang timbul, Pusat Latihan kini terpaksa ditutup sementara dan para pemain menjalani latihan secara tertutup kerana didapati pergerakan Akhyar diikuti oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Selain itu polis juga mengenal pasti semua alamat rumah pemain, kita juga diminta agar melaporkan pergerakan pemain kepada PDRM,” katanya menurut laporan TRDI.

Dalam masa yang sama, Hishamuddin berharap kejadian yang menimpa Akhyar Rashid dan serang lagi pemain iaitu Faisal Halim tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Terutama bagi kes yang membabitkan Faisal Halim, kita harap itu peristiwa terakhir dan selepas ini akan balik dalam suasana positif, para pemain merasa tenang dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

“Antara pasukan bola sepak akan harmoni bertembung diantara satu sama lain di dalam padang tidak terbawa-bawa sehingga ke luar padang (selepas tamat perlawanan),” ujarnya.

Akhyar telah menyertai sesi latihan manakala Faisal pula berada dalam keadaan yang lebih baik dimana beliau sudah mula berhubung dengan rakan sepasukan.