Orang ramai dinasihatkan untuk segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan (MyKad) yang rosak bagi membolehkan membeli petrol RON 95 dengan harga subsidi bersasar.
Menurut beliau, hanya pemegang MyKad sahaja yang layak mendapatkan harga petrol RON 95 RM1.99 seliter.
Baca Juga:
- MyKad Rosak, Susah ‘Claim’ SARA RM100? Ini Cara Ganti Di JPN, Boleh Siap 30 Minit

- Macam Tebus SARA, Adakah Ini Cara Beli Petrol RON 95 Subsidi Bersasar Nanti?

- Subsidi Minyak RON 95 Tidak Ditawarkan Buat Kereta Mewah

“Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar ini. Satu perkara penting rakyat Malaysia kena buat ialah periksa MyKad anda dan pastikan cip berfungsi dan elok.
“Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau, boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-Allah, siap hari yang sama.
“Jangan tunggu saat akhir, buat semakan awal supaya rakan-rakan dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini,” katanya menerusi satu hantaran Facebook.
Jika cip MyKad anda bermasalah, pihak Jabatan Pendaftaran Negara dapat menggantikannya sepantas 30 minit.
Anda boleh baca cara-caranya di sini.
Dalam pada itu, tular satu klip video menunjukkan cara untuk membeli petrol RON 95 subsidi bersasar yang akan dilaksanakan pada hujung bulan ini.
Menerusi penerangan yang dibuat, cara orang ramai boleh mendapatkannya mirip seperti menebus SARA.