Badan bebas First Instance Body (FIB) membuat keputusan tidak memberikan Lesen Kebangsaan kepada Perlis United berikutan kegagalan memenuhi syarat-syarat tambahan selepas pengumuman berkenaan keputusan Lesen Luar Biasa (Extraordinary License) M3 Amateur Football League (AFL) pada 7 Mac 2024.

FIB telah menetapkan syarat untuk memastikan semua usaha wajar kewangan diselesaikan sebelum mengeluarkan sebarang lesen kepada PUFC mengikut kriteria tambahan seperti berikut;

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Bukti dana yang diterima dalam akaun PUFC berjumlah RM 5,000,000.00 seperti dalam cek yang dikemukakan sebelum 9 Mac 2024.

2. Pengisytiharan yang ditandatangani oleh pegawai dan pemain bahawa tiada hutang tertunggak pada 31 Disember 2023 sebelum 13 Mac 2024.

3. Bukti perjanjian penajaan yang dicop antara PUFC dan setiap satu daripada empat (4) penaja berpotensi yang akan diserahkan sebelum 15 Mac 2024.

4. dana tajaan pertama yang diterima oleh PUFC daripada penaja di atas berdasarkan syarat pembayaran tajaan sebelum 22 Mac 2024.

Walaupun tarikh akhir penyerahan pada 22 Mac 2024 masih belum berakhir namun FIB mengesahkan bahawa Perlis telah gagal 3 daripada 4 syarat awal itu dengan tidak mengemukakan sebarang dokumen seperti yang diminta dan telah melanggar semua tarikh akhir yang diberikan.

Oleh itu, FIB telah memutuskan untuk tidak memberikan lesen Liga Super 2024-2025 kepada Perlis United.

FIB mengekalkan syarat ketatnya demi untuk menjaga kestabilan kewangan liga dan kelab-kelab serta proses usaha wajar kewangan ini dilaksanakan dengan teliti untuk memastikan Liga Malaysia tidak menghadapi kebimbangan kewangan sekiranya Perlis dibenarkan untuk bertanding.

Kegagalan Perlis untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan tersebut menyaksikan hanya 13 kelab yang akan bersaing dalam Liga Super bagi musim 2024-2025.