Pada jendela perpindahan lalu, Spurs benar benar hampir mendapatkan Eberechi Eze. Fabrizio Romano sendiri sudah menganggap perpindahan Eze ke Spurs boleh dikira jadi.
Pemain itu sendiri mengakui dia sudah mengadakan rundingan dengan Spurs. Namun kemudian pemain itu menghubungi Arsenal bertanya sama ada mereka tidak berminat mendapatkannya?
Ketika itu Eze menangguhkan dahulu untuk menandatangani kontrak dengan Spurs, kerana Mikel Arteta memberitahunya bahawa dia mahukan pemain itu dan kelab sedang berunding tentang usaha mendapatkannya.
Selepas itu Arsenal terus merampas rundingan itu dan menjadikan Eze pemain mereka. Eze menegaskan bahawa kepulangan semula ke Arsenal adalah kepulangan impian.
Ini kerana Eze pernah dilepaskan oleh Arsenal ketika dia masih bergelar pemain akademi. Namun impian dia dan keluarganya tidak pernah padam untuk melihat Eze menyarung jersi Arsenal pada suatu hari nanti.
Pada aksi Derbi London Utara minggu ini Arsenal berjaya menewaskan Spurs 4-1 di Emirates. Dengan Eberechi Eze tersenyum riang meraikan hatriknya.
Satu lagi gol Arsenal adalah menerusi Trossard. Sementara gol saguhati Spurs adalah menerusi Richarlison.
Arsenal benar benar dominan ke atas Spurs dalam 4 perlawanan terakhir. Di mana mereka buat pertama kali menang 4 pertemuan berturut turut dengan Spurs dalam saingan EPL.
Kemenangan ini mencerahkan lagi peluang Arsenal dalam usaha mereka mahu mejulang EPL pertama mereka sejak kali terakhir lebih 20 tahun yang lalu.
Arsenal kini 6 mata di atas Chelsea dan 7 mata di atas Man City.