Pada minggu lalu terlerai sudah kes barangan kemas Kieda Crepe dicuri selepas 4 suspek ditahan polis.
Masih berang dengan tindakan pencuri terbabit, Kieda Crepe mendedahkan identiti mereka di media sosial.
Baca Juga:
- Daripada RM800,000, Hanya RM40,000 Sahaja Barangan Kemas Kieda Crepe Ditemukan
- Barangan Kemas RM800,000 Dibawa Lari, Kieda Crepe Tawar Ganjaran Untuk Pemberi Maklumat
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan semula oleh X.com @arfdy12, didapati suspek wanita ‘tidak takut’ dan ‘tidak malu’ menggayakan hasil curi dari rumah Kieda.
LAHHH!
Kieda beritahu yang rompak rumah dia tu geng perompak yang sama rompak rumah Kak KM & rumah founder mascara Rohina.
Memang dia aim rumah founder. Pastu dia boleh up tt pakai gelang sebijik gelang kieda 🤣
Tapi pelik kenapa boleh rompak banyak kali tak kena tangkap ye? pic.twitter.com/Ru0fWnCmL7
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) June 8, 2024
Antara barangan curi yang dipakainya seperti gelang emas, rantai emas dan beg berjenama mewah.
Dalam masa yang sama, adik kepada suspek yang didakwa turut terlibat dalam kes pecah masuk itu baru melangsungkan perkahwinan beberapa hari selepas pecah masuk rumah Kieda.
Tambah Kieda lagi, kesemua suspek itu turut dipercayai pencuri rumah-rumah founder lain seperti Kak KM dan Mascara Rohina.
Sementara itu, Kak KM jelaskan bahawa kesemua suspek sudah ditangkap & ditahan reman selama 7 hari. Mereka mendapatkan khidmat peguam dan berjaya mendapatkan ikat jamin daripada pihak mahkamah.
Jelas Kak KM, insiden pecah rumah itu menyebabkan dia trauma yang dahsyat dan mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam kerana bimbang insiden yang sama berulang lagi.
According to this video, diaorang dalam ikat jamin tengah tunggu perbicaraan kes rompak rumah Kak KM tapi dalam masa yang sama sambung merompak pula rumah orang lain 😭😭
Memang hati diaorang keras ya! pic.twitter.com/VBRVQLS6ch
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) June 9, 2024
Terdahulu, polis telah menahan keempat-empat suspek di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pada masa sama polis turut merampas barangan kemas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut selepas sebahagian besarnya sudah dijual.