Juara bertahan, Qatar membuka tirai kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila menewaskan Lubnan 2-0 pada aksi pertama kumpulan A di Stadium Lusail.

Perlawanan bermula dengan agak perlawanan kerana kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan mudah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun, benteng Lubnan lebih banyak diuji dengan beberapa gerakan berbahaya jentera serangan Qatar yang diketuai oleh bekas penjaring terbanyak Piala Asia 2019, Almoez Ali.

Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, Stadium Lusail bergegar dengan sorakan lebih 60,000 penyokong yang hadir apabila Akram Afif menjaringkan gol pembukaan.

Memasuki separuh masa kedua, Qatar tidak membuang masa untuk terus melancarkan serangan dan lebih banyak memberi tekanan kepada Lubnan.

Pada minit ke 55, Qatar menambah gol kedua selepas Almoez Ali yang juga pemain paling bernilai Piala Asia 2019 menanduk masuk hasil hantaran cantik Mohammed Waad.

Lubnan cuba bangkit namun mereka sukar menembusi benteng pertahanan Qatar yang beraksi cukup disiplin.

Ketika perlawanan seolah-olah akan berakhir dengan keputusan 2-0 namun Akram Afif sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila menyudahkan gol ketiga menerusi gerakan dalam kawasan kotak penalti pada masa kecederaan.

Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memberikan tiga mata pertama kepada tuan rumah. Satu lagi aksi kumpulan A iaitu China menentang Tajikistan akan berlangsung pada jam 10.30 malam ini.

Hanya dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati bersama 4 pasukan di tempat ketiga terbaik kumpulan.