Indonesia dilaporkan telah menghantar aduan rasmi kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas tidak berpuas hati dengan jaringan kontroversi Iraq ketika saingan Piala Asia 2023, kelmarin.
Perkembangan itu disahkan oleh pengurus pasukan, Endri Erawan yang berkata, pihaknya menghantar surat bantahan kepada AFC berkaitan gol kedua Iraq selepas tewas 1-3 pada aksi kumpulan D.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
Menurut Endri, surat bantahan sudah diserahkan kepada pegawai perlawanan. Dia berharap perkara sama tidak akan berulang.
“Kami sudah menghantar aduan rasmi secara terus kepada pegawai perlawanan,” kata Endri dipetik dalam vnexpress.
Dalam perlawanan itu, Marselino Ferdinan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 37 namun jaringan kedua Iraq menerusi Osama Rashid sebelum tamat separuh masa pertama didakwa dalam kedudukan ofsaid
Pengadil, Igiz Tantashev turut dikecam peminat Indonesia kerana gagal mengesan kedudukan ofsaid pemain Iraq itu.
“Ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Ianya jelas berada dalam kedudukan ofsaid. Pengadil gagal lihat kedudukan bola itu.
“Kami tahu keputusan perlawanan tidak akan berubah selepas surat bantahan ini dihantar. Tetapi kami melakukannya kerana berharap mutu pengadilan akan jadi lebih baik pada perlawanan akan datang,” tambah Endri.
HARUSNYA OFFSIDE GASI??? pic.twitter.com/xF3cWvhz0P
— Major League Baseball Indonesia🇮🇩 (@MLB_INDO) January 15, 2024
Pengendali skuad Indonesia, Shin Tae-yong turut tidak berpuas hati dengan jaringan kedua Iraq itu yang disahkan oleh VAR.
Menurut Tae-yong, pemain Iraq, Mohanad Ali jelas berada dalam kedudukan ofsaid sebelum Osama menjaringkan gol.
“Saya tidak tahu kenapa gol kedua tidak dianggap ofsaid. Saya tidak dapat menerimanya. Ia 100 peratus ofsaid. Keputusan ini akan menjatuhkan nilai Piala Asia,” kata Tae-yong