Piala Asia 2023 – Malaysia vs Korea Selatan [25 Januari 2024, 7:30 PM, Stadium Al Janoub]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Asia 2023 yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Link Siaran langsung:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Saksikan juga perlawanan ini secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga menyiarkan semua perlawanan Piala Asia 2023 menerusi laman YouTube. Bagaimanapun, ia hanya boleh diakses melalui VPN.

Saluran berbayar, Astro turut menyiarkan perlawanan Piala Asia 2023 di Astro Arena dan Astro Supersport. Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming. 

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)

Ini perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan skuad Harimau Malaya tetap memburu kemenangan walaupun tidak layak ke pusingan 16.

Keputusan menang atau seri ke atas Korea Selatan cukup penting kerana ia memberikan pulangan dari segi mata ranking FIFA sekaligus membantu Malaysia mencapai sasaran berada dalam kelompok 120 dunia.

Namun, ia bukan tugas mudah kerana anak buah Kim Pan Gon bakal berdepan beberapa pemain bertaraf dunia seperti bintang Tottenham Hotspurs, Son Heung Min, pemain PSG, Lee Kang In dan pertahanan Bayern Munich, Kim Min Jae.

Mampukah skuad Harimau Malaya menewaskan Korea Selatan? Sama-sama kita saksikan.