Iran bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke separuh akhir Piala Asia 2023 selepas berjaya menundukkan Jepun 2-1 pada aksi yang berlangsung di Education City Stadium, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga turut menebus kekecewaan Iran yang tewas 0-3 kepada lawan sama pada separuh akhir kejohanan edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Meskipun tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai aksi kedua-dua pasukan pada babak pertama tetapi anak buah Hajime Moriyasu berupaya mendapatkan jaringan pembukaan.

Gol tersebut berpunca daripada percubaan leret Hidemasa Morita dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan dengan baik penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand.

Beiranvand cuba untuk menghalang bola menggunakan kakinya tetapi bola tetap melambung masuk membolosi gawangnya untuk meletakkan juara empat kali itu dihadapan.

Penguasaan permainan ditampilkan Jepun pada setiap babak  dilihat masih belum mencukupi kerana Iran yang lebih banyak mencipta peluang.

Jaringan penyamaan yang dinantikan kem Iran hadir pada minit ke-55 apabila lorongan baik Sardar Azmoun dalam kawasan penalti disudahkan dengan baik Mohammad Mohebi.

Jaringan itu jelas meningkatkan moral barisan pemain Iran untuk menambah jaringan.

Usaha mereka hampir membuahkan hasil pada minit ke-63 tetapi gol Azmoun dibatalkan kerana beliau berada dalam kedudukan ofsaid.

Tekanan demi tekanan diberikan akhirnya memaksa pertahanan Jepun melakukan kekasaran apabila Kou Itakura mengasari Hossein Kanaani dalam kawasan penalti pada masa kecederaan untuk menghadiahkan sepakan penalti buat Iran.

Alireza Jahanbakhsh yang mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk memastikan tempat ke separuh akhir menjadi milik Iran.