Skuad kebangsaan Korea Selatan telah mengumumkan senarai 26 pemain bagi membawa cabaran pasukan itu dalam temasya Piala Asia 2023 yang akan bermula tidak lama lagi.

Skuad kendalian jurulatih dari Jerman, Jurgen Klinsmann itu membawa barisan pemain terbaik khususnya pemain yang beraksi dengan kelab di Eropah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Antara pemain ternama yang dibawa oleh Klinsmann dalam skuad kali ini ialah Son Heung-min yang juga merupakan ketua pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur.

Selain itu, mereka juga diperkuatkan dengan kelibat Lee Kang-in (Paris Saint-Germain), Kim Min-jae (Bayern Munich), Hwang In-beom (Red Star Belgrade) dan Hwang Hee-chan (Wolverhampton Wanderes).

Ramai menjangkakan Korea Selatan akan muncul juara dalam temasya edisi kali ini dimana sepanjang sejarah Piala Asia, pasukan itu hanya muncul juara sebanyak dua kali iaitu pada dua edisi awal (1956 dan 1960).

Selain itu, Korea juga muncul sebagai naib juara sebanyak empat kali dimana terbaru mereka tewas kepada Australia pada perlawanan akhir temasya edisi 2015.

Korea diletakkan dalam kumpulan E bersama Malaysia, Jordan dan Bahrain dalam temasya edisi 2023 dan mereka akan membuka tirai dengan turun menentang Bahrain pada 15 Januari diikuti aksi menentang Jordan pada 20 Januari dan mengakhiri aksi peringkat kumpulan dengan menentang Malaysia pada 25 Januari.

Dengan kehadiran ramai pemain bintang, ini adalah peluang keemasan bagi pemain negara untuk turun menentang pemain terbaik sekaligus menunjukkan kemampuan di pentas besar seperti Piala Asia.