Lebanon dan China berkongsi satu mata pada aksi kedua kumpulan A Piala Asia 2023 selepas terikat tanpa jaringan di Al-Thumama Stadium sebentar tadi.

Turun dengan misi memburu kemenangan selepas Lebanon tewas kepada Qatar pada aksi pembukaan manakala China pula terikat seri tanpa jaringan bertemu Tajikistan, kedua-dua pasukan jelas mempamerkan aksi cukup bertenaga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia jelas dibuktikan apabila begitu banyak peluang dijelmakan oleh Lebanon dan China sepanjang perlawanan. Malah, tiga percubaan terbaik dimiliki Lebanon digagalkan palang gol.

Walaupun China lebih menguasai permainan, Lebanon beberapa kali mendapat peluang pada babak pertama bagi memburu jaringan pembukaan.

Namun, tandukan Omar Bugiel pada minit ke-24 ketika mendapat ruang yang luas di hadapan pintu gol melewati palang gol dan percubaan leretnya ketika serangan balas pantas berselang 10 mnit kemudian pula sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol China.

Seminit kemudian, tandukan pemain pertahanan, Khalil Khamis setelah menerima hantaran Hussein El Zein pula melewati palang gol.

Aksi pada lewat babak pertama juga cukup mendebarkan selepas Zhang Yuning terlepas dua peluang keemasan dalam kawasan penalti yang diselamatkan penjaga gol Lebanon, Mostafa Matar.

Sementara itu, percubaan jarak jauh Hassan Maatouk sudah berjaya menewaskan penjaga gol China, Yan Junling tetapi bola singgah di palang gol.

Pemain kedua-dua pasukan meneruskan aksi menarik pada babak kedua dengan China dilihat lebih menguasai permainan dan Lebanon pula cuba mencuri ruang menerusi serangan balas pantas.

Usaha mereka untuk mendapatkan jaringan kemenangan tidak membuahkan hasil untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Dengan keputusan tersebut, China berada di tangga kedua kumpulan A dengan dua mata diraih manakala Lebanon di kedudukan terakhir meskipun terikat satu mata bersama Tajikistan.

Sebentar lagi, Qatar akan bertemu Tajikistan dalam satu lagi aksi yang akan berlangsung pada 10.30 malam nanti.