Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JSBN) menyediakan tayangan ‘Big Screen’ (skrin besar) di lokasi terpilih untuk orang ramai menonton aksi Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023 sambil memberikan sokongan padu.

Inisiatif ini dilakukan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara terutamanya sukan bola sepak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon akan membuka tirai saingan Kumpulan E Piala Asia menentang Jordan pada 16 Januari (Selasa) diikuti aksi bertemu Bahrain 20 Januari (Sabtu) dan Korea Selatan 25 Januari (Khamis).

Bagaimanapun, waktu tayangan di semua lokasi yang disenaraikan adalah berbeza mengikut jadual perlawanan tersebut.

  1. Kuala Lumpur: Stadium Nasional Bukit Jalil
  2. Selangor: Laman MBPJ, Petaling Jaya
  3. Putrajaya: Dataran Putrajaya, Presint 3
  4. Perlis: Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
  5. Kedah: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  6. Johor: Kawasan Rekreasi Kampung Dato’ Onn, Larkin Jaya
  7. Penang: Padang Kota, Georgetown
  8. Perak: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Jaya
  9. Negeri Sembilan: Kompleks Belia dan Sukan N. Sembilan, Paroi
  10. Melaka: Dataran Pahlawan, Banda Hilir
  11. Kelantan: Dataran MARA, Kota Bharu
  12. Terengganu: Kompleks Paya Bunga Sentral, K. Terengganu
  13. Pahang: Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1
  14. Sarawak: Kuching Amphitheatre
  15. Sabah: Padang Merdeka, Kota Kinabalu
  16. Labuan: Dataran Perbadanan Labuan

Selain itu, terdapat juga beberapa restoran yang menganjurkan tayangan skrin besar untuk penyokong berkumpul memberikan sokongan padu (Viewing party).

Senarai lokasi restoran/dataran (Lembah klang)

  1. Restoran Amins Nasi Lemak Kedah, Setiawangsa, Kuala Lumpur
  2. HB.Hub, 36-G, Encorp Strand Mall Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
  3. Restoran Hakim, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor
  4. MVP by MIVAS @ One City, East Boulevard, One City, Subang Jaya, Selangor
  5. Dataran MPKJ, Stadium Kajang

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik yang tidak pernah dicapai pasukan negara dalam tiga penampilan sebelum ini.

Ini merupakan kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.