Skuad Harimau Muda terpaksa pulang ke tanah air dengan tangan kosong apabila meraih gagal sebarang mata dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) selepas tewas 1-2 kepada Kuwait di Stadium Al Janoub.
Ketika perlawanan tersebut, Luqman Hakim nyaris letak Malaysia di depan pada minit ke 15 namun jaringan beliau dibatalkan kerana didapati berada dalam kedudukan ‘offside’.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
Malah, skuad kendalian Juan Torres Garido itu terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas penjaga gol, Sik Izhan meluru keluar dari kawasan kotak penalti lalu menerjah pemain lawan sekaligus dilayangkan kad merah.
Tindakan itu dikritik hebat oleh peminat bola sepak tempatan di media sosial kerana pemain itu membuat keputusan yang salah.
Penampilan pertama Sikh Izhan di pentas Asia, dihiasi dengan kad merah selepas terjahan yang dilakukannya! #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/YDEJYQzEvr
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 23, 2024
Pada minit ke 45, hasil penelitian VAR, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Kuwait kerana mendapati Umar Hakeem telah mengasari pemain lawan.
Ini kali ketiga skuad negara memberikan sepakan penalti kepada pihak lawan dalam kempen Piala Asia B-23 di Qatar.
Salman Al Awadhi menyempurnakan sepakan penalti dan menjadikan kedudukan 1-0 memihak kepada Kuwait sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, Malaysia bermula dengan garang dan beberapa kali menguji benteng pertahanan Kuwait dengan percubaan berbahaya.
Malangnya, keghairahan skuad negara melancarkan serangan mengundang padah apabila Kuwait melakukan serangan balas lalu disudahkan dengan gol kedua hasil tandukan Talal Al Qaisi pada minit ke 60.
Bagaimanapun, jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain muda negara yang terus bangkit mengandakan asakan.
Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Haqimi Azim merembat masuk bola hantaran jarak jauh Nooa Laine untuk gol pertama Malaysia pada minit ke 63.
Nooa Laine assist, Haqimi Azim finish! 🇲🇾#HarimauMalaya #AsianCupU23 pic.twitter.com/Kjrw9QFtp1
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 23, 2024
Namun begitu, giliran Kuwait pula dilayangkan kad merah selepas Salman Al Awadhi melakukan terjahan keras ke atas Umar Hakeem pada minit ke 84. Kedua-dua pasukan akhirnya beraksi dengan 10 orang pemain.
Demi mencari jaringan penyamaan, Malaysia melakukan beberapa pertukaran pemain untuk menguatkan jentera serangan dengan memasukkan Najmuddin Akmal dan T. Saravanan.
Percaturan itu tidak membuahkan hasil dan keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Ia adalah prestasi yang cukup teruk bagi skuad negara kerana gagal meraih sebarang mata selepas mengharungi 3 perlawanan.
Aksi Malaysia menentang Kuwait boleh dianggap sebagai pelengkap jadual selepas kedua-dua pasukan sah tersingkir selepas tewas dua aksi awal peringkat kumpulan.
Keputusan terbabit juga memadam impian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahu melihat skuad B-23 negara mampu melangkah ke separuh akhir dalam usaha merebut slot Olimpik Paris 2024.