Belgium bangkit daripada ambang penyingkiran sebelum menewaskan Senegal 3-2 selepas masa tambahan dalam aksi penuh drama di pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Pape Thiaw kelihatan berada di landasan tepat untuk melakar satu lagi kejutan apabila mendominasi sebahagian besar perlawanan.
Habib Diarra membuka tirai jaringan pada minit ke-25 selepas memanfaatkan bola muntah, sebelum Ismaïla Sarr menggandakan kelebihan sejurus babak kedua bersambung untuk meletakkan Senegal selesa di hadapan.
Belgium yang bergelut sepanjang lebih 80 minit bagaimanapun enggan mengibarkan bendera putih.
Manager Rudi Garcia subbed off Jérémy Doku and Kevin De Bruyne in the 56th minute with Belgium trailing by two goals. pic.twitter.com/GRFFClI3Lv
— ESPN FC (@ESPNFC) July 1, 2026
Romelu Lukaku menghidupkan semula harapan menerusi jaringan pada minit ke-86, sebelum Youri Tielemans meledak gol penyamaan tiga minit kemudian bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
WHAT JUST HAPPENED?! 😱
Belgium keep their World Cup dreams alive with two HUGE goals in the final minutes against Senegal 🤯
Just as we thought Senegal were cruising to a win… 📉 pic.twitter.com/kZnR35IEsD
— OneFootball (@OneFootball) July 1, 2026
Ketika aksi dilihat hampir pasti ditentukan menerusi sepakan penalti, drama sebenar berlaku pada saat-saat akhir.
Pengadil menghadiahkan Belgium sepakan penalti selepas semakan VAR mendapati Lamine Camara mengasari Tielemans di dalam kotak penalti pada minit ke-120+2, keputusan yang mencetuskan bantahan hebat daripada pemain Senegal.
Tielemans kekal tenang untuk menyempurnakan sepakan itu pada minit ke-120+5, sekali gus melengkapkan kebangkitan luar biasa Belgium daripada ketinggalan 0-2 kepada kemenangan 3-2.
Ia juga mengulangi memori kebangkitan dramatik Belgium ketika menewaskan Jepun selepas ketinggalan dua gol pada Piala Dunia 2018.
Kekalahan itu pastinya sukar diterima Senegal yang tampil sebagai pasukan lebih baik sepanjang hampir keseluruhan perlawanan.
TIELEMANS WITH THE LATEST GAME-WINNING GOAL IN WORLD CUP HISTORY.
A MONSTER COMEBACK BY BELGIUM 😤 pic.twitter.com/b919XJTuOa
— ESPN FC (@ESPNFC) July 1, 2026
Namun, satu keputusan VAR di penghujung aksi memusnahkan impian mereka, manakala Belgium mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik untuk bertemu pemenang antara Amerika Syarikat dan Bosnia & Herzegovina.