Kem England berdepan situasi tidak dijangka menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2026 apabila sebahagian besar peralatan pasukan dilaporkan dicuri ketika dalam perjalanan dari kem latihan mereka di Florida ke pangkalan rasmi pasukan di Kansas City.
Nampaknya, kem England benar benar berdepan banyak cabaran kali ini. Sebelum ini berlaku insiden tembakan di kawasan berhampiran kem mereka. Kemudian berlaku gegaran akibat gempa bumi, di kawasan tersebut, yang terkena tempias daripada gempa bumi di Cuba.
🚨 Après le tremblement de terre, la fusillade… L'ANGLETERRE A ÉTÉ VOLÉE À 4 JOURS DE SON PREMIER MATCH ! 😳🏴
👟 Vol de crampons
⚽️ Vol de ballons d'entraînement
🥅 Vol de matériel indispensableDécidément, quelqu'un en veut aux Anglais. 🫣
🗞️ @CraigHope_DM pic.twitter.com/UXEuXEXjUG
— Actu Foot (@ActuFoot_) June 13, 2026
Dan sekarang, menurut laporan media Britain, antara barangan yang hilang termasuk but pemain, bola latihan, peralatan latihan, pakaian, peralatan kakitangan kejurulatihan, meja urut serta papan taktikal yang digunakan oleh pengurus England, Thomas Tuchel.
Barangan-barangan tersebut dilaporkan hilang di dalam van yang membawanya.Van tersebut dipecah masuk oleh pencuri.
Pihak Persatuan Bola Sepak England (FA) kini bekerjasama dengan polis tempatan bagi menyiasat kejadian tersebut. Laporan terbaru menyebut dua individu telah ditahan berhubung kes berkenaan, namun siasatan masih berjalan untuk mengenal pasti jumlah sebenar barangan yang hilang.
Kecurian itu berlaku hanya beberapa hari sebelum skuad England tiba di Kansas City bagi memulakan kempen Piala Dunia mereka. Kakitangan logistik FA kini sedang menyemak inventori dan berusaha mendapatkan pengganti bagi memastikan sesi latihan pasukan dapat diteruskan seperti dirancang.
Laporan Daily Mail mendakwa beberapa but milik pemain bintang seperti Harry Kane dan Jude Bellingham mungkin antara barangan yang dicuri, walaupun FA setakat ini belum mengesahkan perkara tersebut.
England have been victims of a theft of their training equipment, after vehicles transferring kit to their Kansas City training base were broken into. pic.twitter.com/UaIhSTVrle
— BBC Sport (@BBCSport) June 13, 2026
England dijadual membuka kempen Piala Dunia 2026 menentang Croatia pada 17 Jun dan insiden ini menambah lagi cabaran buat pasukan kendalian Tuchel yang sedang memburu trofi dunia pertama mereka sejak 1966.