Bintang Arsenal, William Saliba kini sedang bergelut dengan kecergasan sebelum sepak mula Piala Dunia.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa bintang pertahanan itu berisiko terlepas aksi Piala Dunia kerana kecederaan.

Saliba sudah menjalani pemeriksaan kecergasan ketika dia menyertai kem Perancis di Clairefontanine.

Perancis yakin Saliba boleh bermain

Namun Fabrice Hawkins mendedahkan bahawa Saliba masih lagi dalam senarai untuk dibawa oleh Deschamps. Pengurus itu yakin Saliba boleh terlibat dalam kempen Piala Dunia kali ini.

Cuma kem Perancis tetap memantau rapi keadaan pemain pertahanan tersebut yang baru sahaja menamatkan musimnya dengan Arsenal.

Hawkins menulis: “Ujian perubatan yang dijalankan petang ini ke atas William Saliba memberikan keputusan yang cukup meyakinkan.

“Pertahanan Arsenal itu sememangnya mengalami masalah di bahagian belakang, namun ia tidak akan menghalangnya daripada menyertai rakan sepasukannya di Clairefontaine pada hari Selasa ini.

“Namun begitu, keadaan kesihatan pemain tersebut masih perlu dipantau dari semasa ke semasa. Buat masa ini, masih sukar untuk dipastikan sama ada beliau akan dapat mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan.”

Dalam kenyataan kepada wartawan, Didier Deschamps pula mengesahkan bahawa Saliba masih berada dalam pasukan.

“Dia masih kekal bersama kami di sini, dan segalanya baik baik sahaja,” kata Deschamps.