Cristiano Ronaldo menyatakan bahawa memenangi Piala Dunia bukan impiannya. Ketika ramai yang menganggap CR7 mahu memenangi Piala Dunia untuk membuktikan dirinya ‘GOAT’.

Dalam wawancara terbaru dengan Piers Morgan, Ronaldo menegaskan bahawa Piala Dunia tidak akan dapat membuktikan apa apa. Kerana ia cuma pertandingan dengan 6 atau 7 perlawanan.

Piers Morgan bertanya sama ada Ronaldo masih berimpian memenangi Piala Dunia?

Dia berkata: “Tidak, memenangi Piala Dunia itu bukan impian saya. Untuk apa? Nak jadikan Piala Dunia untuk membuktikan diri saya yang terbaik hanya dengan pertandingan yang ada 6 atau 7 perlawanan sahaja.

“Kamu rasa itu adil?”

Ronaldo kemudian menyatakan bahawa dia sudah membantu Portugal memenangi 3 trofi. Sedangkan sebelum ini negaranya tidak pernah memenangi apa apa trofi.

“Orang kata: ‘Cristiano akan menjadi yang terbaik jika dia memenangi Piala Dunia.’ Saya tidak setuju dengannya. Saya dah ada 3 piala bersama Portugal. Kami tidak pernah menang apa apa sebelum ini.

Ronaldo turut menganggap bahawa ianya bukan perkara yang mengejutkan kalau Messi menang Piala Dunia bersama Argentina. Berbanding kalau dia memenanginya bersama Portugal.

“Berapa banyak Piala Dunia dimenangi Argentina sebelum Messi? Mereka pernah memenanginya sebelum ini. Jika Portugal yang menang, itu akan mengejutkan dunia.”