Menjelang Piala Dunia 2026, syarikat telekomunikasi Orange Egypt tampil dengan satu kempen iklan yang mencuri perhatian peminat bola sepak apabila menampilkan beberapa pemain kebangsaan Mesir yang sanggup membahan diri sendiri mengenai rekod kurang memberangsangkan pasukan mereka di pentas dunia.
Iklan tersebut menggunakan konsep self-deprecating humor atau komedi menyindir diri sendiri yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Mesir.
Melalui slogan “Untuk semua yang ragu-ragu… kali ini kami akan bertahan lama”, kempen itu seolah-olah menjawab persepsi ramai bahawa Mesir sering pulang awal setiap kali beraksi di Piala Dunia.
Antara pemain yang muncul dalam kempen tersebut ialah Hossam Abdelmaguid, Rami Rabia dan Ahmed Fatouh. Dan kesemua mereka memang beraksi di Piala Dunia 2026.
’10 hari nanti saya tunggu kamu pulang dan terus gunting rambut kamu’
Dalam sketsa pertama, Hossam Abdelmaguid berkunjung ke sebuah kedai gunting rambut sebelum berlepas ke Amerika Syarikat.

Namun tukang gunting dengan selamba memberitahu bahawa dia hanya akan menggunting sedikit rambut Hossam kerana menjangkakan pemain itu akan pulang semula dalam masa terdekat.

Tukang gunting berkata: “Saya dah gunting rambut kamu sesuai dengan hari kamu di sana yang tidak lama.
“Nanti apabila kamu balik dari Amerika saya gunting balik rambut kamu.”
Malah tukang gunting itu sempat bergurau bahawa dia akan menunggu di lapangan terbang dengan mesin pencukur sebaik sahaja skuad Mesir tersingkir dan kembali ke tanah air.
Hossam yang cuba mempertahankan pasukannya hanya mampu membalas bahawa mereka akan mara lebih jauh kali ini.
Namun dijawab seseorang yang lain: “Mara lebih cepat ke kapal terbang balik ke?”
Isteri rancang bercuti selepas perlawanan ketiga
Sketsa kedua pula memaparkan Rami Rabia berada di sebuah kafe. Seorang pelayan enggan menerima bayaran daripadanya dan menyuruh beliau membayar selepas pulang daripada kejohanan nanti.
Dalam masa sama, isteri Rami turut merancang untuk bercuti ke Amerika sebaik sahaja perlawanan ketiga peringkat kumpulan tamat kerana yakin Mesir akan tersingkir awal.

Isterinya bertanya bila tarikh perlawanan terkahir peringkat kumpulan? Kerana dia mahu terus ke Amerika Syarikat bercuti bersama suaminya.
Rami yang mula berasa geram kemudian menegaskan bahawa pasukan mereka akan pergi lebih jauh kali ini, namun kata-katanya terus disambut dengan sindiran daripada orang sekeliling.
Sketsa kenduri kahwin
Sementara itu, Ahmed Fatouh pula muncul dalam sketsa kenduri kahwin keluarga.
Seorang ahli keluarga mengingatkannya supaya hadir ke majlis perkahwinan saudara mereka. Apabila Fatouh menjelaskan bahawa dia masih berada di Amerika ketika itu, keluarganya terus ketawa dan menganggap Mesir pasti sudah pulang lebih awal.
“Kamu bukannya lama pun di Amerika Syarikat, pasti sempatlah datang ke majlis kahwin saudara kamu,” tegas ibunya.

Lebih menghiburkan apabila ibunya sendiri menyindir bahawa sejak zaman nenek moyang lagi, Mesir memasang impian untuk mara ke pusingan kalah mati tetapi masih gagal merealisasikannya.
Fatouh kemudian membalas dengan penuh yakin bahawa mereka akan berjaya kali ini, namun kata-katanya sekali lagi disambut dengan usikan ahli keluarga.
Kakaknya berkata: “Sudah jangan nak bergurau, habis perlawanan peringkat kumpulan terus datang ke kenduri kahwin.”

Anda boleh layan di sini dan hidupkan kapsyen untuk sarikata:
@megazettes @Orange Egypt’s World Cup campaign is built around a familiar football conversation that happens before every major tournament. Instead of focusing on predictions, it starts from a simple insight many fans already share: skepticism about how far Egypt can go. Across three ads featuring Ramy Rabia, Ahmed Fattouh, and Hossam Abdelmegid, that doubt is met with a direct response. Each player addresses the assumptions head on, turning pre-match skepticism into a message of confidence and belief that this time the story can go further. @Hossam abdelmegeed @رامي ربيعه @FATOUH13 #megazettes #orange #worldcup #worldcup2026 #اورانج
After failing to pass the group stage multiple times, the Egyptian national team players got ahead of the mockery this time and made self-deprecating comedy sketches before the World Cup even started
by
u/Electrical_Resort_39 in
worldcup
Reaksi netizen
Kempen tersebut mendapat sambutan positif di media sosial dengan ramai peminat memuji keberanian pemain dan pihak penaja yang memilih pendekatan santai untuk berinteraksi dengan penyokong.
Selain itu mereka juga menganggap iklan itu mencuit hati kerana Mesir memang pasukan underdog, namun kerap diletakkan harapan tinggi oleh media luar kerana status mereka sebagai pasukan paling berjaya di Afrika.
Seorang peminat dari luar Mesir berkata iklan itu sebenarnya lebih lucu jika difahami dalam loghat Arab-Mesir kerana cara percakapan dan penyampaian mereka sememangnya terkenal dengan unsur jenaka yang spontan.
Ramai juga menjelaskan bahawa budaya menyakat dan membahan pasukan sendiri sudah lama menjadi sebahagian daripada identiti penyokong bola sepak Mesir. Bagi mereka, jenaka seperti ini bukan bermaksud tidak menyokong pasukan kebangsaan, sebaliknya menjadi cara untuk mengurangkan tekanan terhadap pemain menjelang kejohanan besar.
Apa yang pasti, Orange Egypt berjaya menghasilkan sebuah kempen yang bukan sahaja menghiburkan, malah menggambarkan hubungan unik antara penyokong Mesir dan pasukan kebangsaan mereka.
Kini persoalannya, adakah Mesir benar-benar mampu membuktikan kata-kata dalam iklan tersebut dan “bertahan lebih lama” di Piala Dunia 2026? Kerana ramalan kami di Vocket, Mesir akan mara lebih jauh daripada sekadar peringkat kumpulan.
Previu Kumpulan G Piala Dunia 2026: Belgium, Mesir Diramal Mara Ke Kalah Mati