Kumpulan G Piala Dunia FIFA 2026 menjanjikan pertembungan yang menarik antara gergasi Eropah yang mencari penebusan, wakil Afrika yang dipimpin bintang dunia, pasukan Asia yang kental, dan wakil Oceania yang tidak gentar.

Belgium, Mesir, Iran, dan New Zealand akan berentap untuk merebut dua slot automatik ke pusingan kalah mati, dengan kemungkinan tempat ketiga turut berpeluang.

Previu Kumpulan F Piala Dunia 2026: Samurai Biru Bawa Cabaran Asia

Kumpulan G antara kumpulan yang mempunyai campuran gaya permainan yang unik dalam edisi Piala Dunia kali ini.

Kumpulan G: Belgium, Mesir, Iran, New Zealand

Kita akan melihat bagaimana ‘Red Devils’ Belgium cuba mengukuhkan semula reputasi mereka di bawah Rudi Garcia, berdepan dengan magis Mohamed Salah dari Mesir.

Jangan lupa juga Iran yang datang dengan disiplin taktikal yang tinggi, serta New Zealand yang tidak gentar untuk mencipta kejutan.

1. Belgium: Generasi Emas Yang Masih Haus Gelaran?

Formasi Utama: 3-4-2-1 / 4-3-3

Gaya Permainan: Di bawah kendalian jurulatih Rudi Garcia, Belgium masih mengekalkan corak permainan menyerang yang dinamik, namun dengan penekanan yang lebih kepada organisasi pertahanan dan kekompakan yang sering kurang di bawah pengurus terdahulu

Mereka akan cuba mendominasi penguasaan bola dan melancarkan serangan pantas melalui sayap. Gandingan pemain berpengalaman dan bakat muda dijangka akan menjadi nadi kekuatan mereka.

Kelemahan: Persoalan mengenai kedalaman skuad dan kemampuan pertahanan untuk berdepan dengan tekanan tinggi mungkin menjadi cabaran.

Selain itu, kebergantungan kepada beberapa pemain veteran mungkin memakan diri jika kecederaan melanda. Dan tak lupa, keharmornian di bilik persalinan beberapa kali mengganggu mereka sebelum ini.

Pemain Tumpuan: Kevin De Bruyne (The Architect), Romelu Lukaku (The Tank), Jeremy Doku (The Speedster).

Doku Belgium
Foto: AI

2. Mesir: Harapan The Pharaohs di Bahu Raja Mesir

Formasi Utama: 4-3-3 / 4-2-3-1

Gaya Permainan: Mesir, di bawah bimbingan jurulatih Hossam Hassan, akan bergantung sepenuhnya kepada magis individu dan serangan balas pantas.

Mereka dijangka akan bermain secara berhati-hati, mengukuhkan pertahanan dan mencari peluang melalui transisi pantas

Mohamed Salah kekal sebagai figura utama yang akan memimpin barisan serangan ‘The Pharaohs’.

Kumpulan G Salah

Kelemahan: Prestasi Mohamed Salah yang tidak menentu dan juga masalah pasukan yang masih tidak benar benar menemui rentak sebenar.

Pemain Tumpuan: Mohamed Salah (The Egyptian King), Omar Marmoush (The Flash), Trezeguet (The Catalyst).

3. Iran: Tembok Asia Yang Kental

Formasi Utama: 4-4-2 / 4-2-3-1

Gaya Permainan: Iran, atau “Team Melli”, di bawah jurulatih Amir Ghalenoei, terkenal dengan pendekatan pragmatik dan disiplin taktikal yang tinggi.

Mereka cenderung untuk bermain secara bertahan, menyukarkan lawan untuk menembusi barisan pertahanan, dan melancarkan serangan balas yang berbahaya

Kekuatan kolektif menjadi kunci utama Iran untuk bersaing dalam kumpulan ini.

Kelemahan: Walaupun kental di pertahanan, Iran kadang-kadang bergelut untuk menjaringkan gol jika lawan bermain secara bertahan. Kreativiti di bahagian tengah mungkin perlu dipertingkatkan untuk memecahkan kebuntuan.

Pemain Tumpuan: Mehdi Taremi (The Finisher), Sardar Azmoun (The Iranian Messi), Alireza Beiranvand (The Guardian).

4. New Zealand: All Whites Sedia Cipta Kejutan

Formasi Utama: 4-4-2 / 5-3-2

Gaya Permainan: New Zealand, yang dikenali sebagai “All Whites”, di bawah jurulatih Darren Bazeley, akan datang ke Piala Dunia sebagai pasukan underdog.

Mereka dijangka akan mengamalkan corak permainan yang fizikal, dengan organisasi bertahan yang kukuh dan memanfaatkan kekuatan udara melalui penyerang mereka

Semangat juang tinggi tanpa tekanan menjadi senjata rahsia mereka.

Kelemahan: Jurang kualiti individu berbanding pasukan lain dalam kumpulan ini adalah nyata. Ketahanan fizikal sepanjang 90 minit menentang pasukan yang lebih berpengalaman mungkin akan diuji sepenuhnya.

Pemain Tumpuan: Chris Wood (The Giant), Liberato Cacace (The Engine), Sarpreet Singh (The Creator).

Ramalan Vocket

Kumpulan G adalah antara kumpulan yang mempunyai potensi kejutan. Belgium mempunyai kualiti individu yang tinggi, tetapi Mesir nampak lebih matang dari segi taktikal dengan kehadiran Salah. Iran akan menjadi ‘tembok’ yang sukar diruntuhkan, manakala New Zealand mampu mencuri mata jika lawan terleka.

Kami meramalkan Belgium dan Mesir akan melangkah ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan G. Namun Mesir harus elakkan diri keciciran mata menentang Iran dan New Zealand – terutama berdepan Iran.

Jadual perlawanan Kumpulan G Piala Dunia 2026

Perlawanan 1

Belgium lwn Mesir
Tarikh: Isnin, 15 Jun 2026
Masa: 7:00 Pagi
Stadium: Seattle Stadium

Iran lwn New Zealand
Tarikh: Isnin, 15 Jun 2026
Masa: 1:00 Tengah Hari
Stadium: Los Angeles Stadium

Perlawanan 2

Belgium lwn Iran
Tarikh: Ahad, 21 Jun 2026
Masa: 7:00 Pagi
Stadium: Los Angeles Stadium

New Zealand lwn Mesir
Tarikh: Ahad, 21 Jun 2026
Masa: 1:00 Tengah Hari
Stadium: BC Place Vancouver

Perlawanan 3

New Zealand lwn Belgium
Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026
Masa: 3:00 Pagi
Stadium: BC Place Vancouver

Mesir lwn Iran
Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026
Masa: 3:00 Pagi
Stadium: Seattle Stadium

Nota: Masa adalah mengikut Waktu Malaysia (GMT+8).