Badminton Berpasukan Piala Thomas 2024, separuh akhir – China vs Malaysia [4 Mei 2024, 5:00 PM]

Para peminat badminton tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan peringkat kumpulan Badminton Piala Thomas 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Baca Juga:

Link Siaran langsung:

  1. Astro Supersport (811/814)
  2. Astro Arena (801/802)
  3. TV Okey (110)
  4. Sukan RTM (111)

Saluran berbayar, Astro turut menyiarkan perlawanan Piala Thomas 2024 menerusi Arena dan  Supersport. Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.

Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara percuma di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Malaysia berdepan misi yang sukar apabila turun bertemu juara 10 kali, China pada aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 petang ini.

Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia akan memulakan aksi pertama menentang Shi Yu Qi sebelum gandingan beregu, Aaron Chia-Wooi Yik turun menentang Liang Wei-Wang Chang.

Kemudian, giliran Leong Jun Hao turun sebagai perseorangan kedua menentang Li Shi Feng.

Gandingan Nur Izzuddin-Sze Fei beraksi sebagai beregu kedua dan bakal menentang Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi sebelum Justin Hoh melengkapkan aksi kelima dengan menentang Lu Guang Xu.

Kemenangan ke atas China akan memastikan skuad negara mengesahkan tiket ke final Piala Thomas 2024 menentang Indonesia atau Taiwan.

Sebagai rekod, ia akan menjadi pertemuan pertama antara Malaysia dengan China pada pusingan kalah mati sejak kali terakhir di suku akhir edisi 2012 di Wuhan yang menyaksikan skuad negara tewas 0-3.

Pertembungan Malaysia dengan China di separuh akhir itu turut mengulangi skrip edisi 1992 yang mana skuad negara ketika itu berjaya mencatat kemenangan 3-2 sebelum menumbangkan Indonesia di final dengan keputusan sama.

Ia juga adalah kali terakhir Malaysia menikmati kejayaan menjulang trofi berprestij itu sebelum hampir melakukan perkara sama pada 2014 di New Delhi, India tetapi terpaksa akur tunduk 2-3 di tangan Jepun.