Badminton Berpasukan Piala Thomas 2024, Kumpulan D – Malaysia vs Algeria [28 April 2024, 6:00 PM]

Para peminat badminton tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan peringkat kumpulan Badminton Piala Thomas 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Baca Juga:

Link Siaran langsung:

  1. Youtube BWF
  2. Astro Supersport (811/814)
  3. Astro Arena (801/802)
  4. TV Okey (110)
  5. Sukan RTM (111)

Saluran berbayar, Astro turut menyiarkan perlawanan Piala Thomas 2024 menerusi Arena dan  Supersport. Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.

Jangan risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara percuma di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia akan memulakan aksi pertama menentang Adel Hamek sebelum Chem June Wei turun sebagai perseorangan kedua menentang Youcef Sabri Medel.

Kemudian, giliran beregu pula beraksi dan kali ini Malaysia mempertaruhkan gandingan pemain muda, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal menentang Sifeddine Larbaoiu dan Mohamed Abdelaziz.

Justin Hoh turut beraksi sebagai perseorangan ketiga dan bakal menentang Mohamed Abderrahime. Lebih menarik, gandingan baharu, Nur Izzuddin dan Soh Wooi Yik melengkapkan aksi kelima dengan menentang Kocella Mammeri dan Youcef Sabri.

Kemenangan ke atas Algeria sangat penting untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir sebelum menentang lawan yang sukar, Denmark untuk penentuan juara kumpulan D.