Undian Piala Thomas 2024 yang berlangsung di Chengdu sebentar tadi menyaksikan Malaysia telah diundi dalam kumpulan D bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria.

Melihatkan kepada pencapaian di atas kertas, Malaysia dilihat tidak terlalu berdepan laluan sukar untuk mara ke peringkat suku akhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun, cabaran yang bakal diberikan Hong Kong juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka memiliki dua pemain perseorangan yang cukup berkualiti iaitu Lee Cheuk Yiu dan Angus Ng Ka Long.

Manakala Malaysia pula kini bergantung sepenuhnya harapan buat Lee Zii Jia ketika Ng Tze Yong masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Keadaan yang mungkin meletakkan Leong Jun Hao sebagai perseorang kedua pada aksi di Chengdu, China nanti.

Denmark yang merupakan pilihan kedua kejohanan pasti bakal menurunkan skuad terkuat dengan kehadiran Viktor Axelsen, Anders Antonsen dan gandingan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Pada edisi 2022, cabaran skuad negara terkandas di suku akhir selepas tunduk 2-3 kepada India yang kemudiannya cemerlang untuk bergelar juara buat pertama kali dalam sejarah.

Peluang terbaik Malaysia untuk menamatkan penantian panjang itu hadir pada edisi 2014 di India tetapi kecundang 2-3 pada perlawanan akhir bertemu Jepun.

Sementara itu, skuad Piala Uber pula berdepan laluan sukar apabila bakal menentang Thailand, Chinese Taipei dan Australia.

Keputusan undian penuh pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2024:

Piala Thomas

Kumpulan A – China, Korea Selatan, Kanada, Australia

Kumpulan B – Jepun, Chinese Taipei, Jerman, Republik Czech

Kumpulan C – Indonesia, India, Thailand, England

Kumpulan D – Denmark, Malaysia, Hong Kong, Algeria

Piala Uber 

Kumpulan A – China, India, Kanada, Singapura

Kumpulan B – Thailand, Chinese Taipei, Malaysia, Australia

Kumpulan C – Jepun, Indonesia, Hong Kong, Uganda

Kumpulan D – Korea Selatan, Denmark, Amerika Syarikat, Mexico