Piers Morgan tiba-tiba meroyan di dalam siaran televisyen mengulas tentang konflik Cristiano Ronaldo dengan ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus.

Piers Morgan yang merupakan sahabat baik Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa, Jorge Jesus sebagai mungkir janji dan mengkhianati Cristiano Ronaldo yang merupakan GOAT.

Menurut Piers Morgan, Ronaldo pada awalnya mendapat jaminan daripada Jesus mengenai pengurusannya sepanjang empat perlawanan Liga Negara-Negara UEFA.

Jesus dikatakan memberitahu Ronaldo bahawa dia akan bermain dalam dua perlawanan pertama sebelum direhatkan untuk dua perlawanan berikutnya.

Namun, masalah mula tercetus ketika Portugal menewaskan Wales 1-0. Ronaldo dikatakan dijanjikan akan bermain selama 90 minit tetapi dikeluarkan pada minit ke-67.

Piers Morgan mendakwa Jorge Jesus kemudian meminta maaf kepada Ronaldo secara peribadi serta kepada presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, Pedro Proenca.

Namun, menurut Morgan, apa yang berlaku selepas itu membuatkan Ronaldo semakin tidak berpuas hati.

Jorge Jesus didakwa memberikan kenyataan berbeza kepada media dan menegaskan bahawa semua pemain perlu dilayan sama rata.

Situasi menjadi lebih tegang ketika Portugal menewaskan Norway 2-1.

Ronaldo diletakkan di bangku simpanan dan kemudian diminta melakukan pemanasan badan.

Menurut Piers Morgan, Jorge Jesus sebelum itu memberitahu Ronaldo bahawa dia akan diturunkan selama kira-kira 30 minit.

Ronaldo melakukan pemanasan badan selama kira-kira 25 minit tetapi akhirnya tidak diturunkan langsung.

Morgan mendakwa perkara itu membuatkan Ronaldo merasakan dirinya tidak dihormati kerana apa yang dipersetujui secara peribadi sekali lagi tidak berlaku.

Jorge Jesus kemudian menjelaskan bahawa isu Ronaldo memanaskan badan tetapi tidak diturunkan menjadi besar hanya kerana ia melibatkan pemain berstatus legenda.

“Berapa ramai pemain yang melakukan pemanasan tetapi tidak masuk? Adakah ia menjadi masalah?” kata Jorge Jesus selepas perlawanan.

Tidak lama selepas itu, Ronaldo meninggalkan kem Portugal selepas mengadakan pertemuan dengan Proenca.

Ronaldo sendiri kemudian berkata dia akan menjelaskan keputusannya “pada masa yang sesuai”.

Piers Morgan bagaimanapun tampil mempertahankan Ronaldo dan menyifatkan tindakan Jesus sebagai “tidak menghormati” pemain berusia 41 tahun itu.

Malah, Morgan membandingkan Jesus dengan bekas pengurus Manchester United, Erik ten Hag, yang pernah berdepan konflik besar dengan Ronaldo sebelum pemain itu meninggalkan Old Trafford.

“Dia ini Ten Hag versi Portugal,” kata Morgan, sambil Jorge Jesus mempergunakan Ronaldo sebagai modal menunjukkan kepada dunia betapa dia seorang yang sangat tegas.

ronaldo
Fioto: X Total Cristiano

Morgan turut menegaskan bahawa Ronaldo tidak pernah menuntut untuk menjadi pemain utama dalam setiap perlawanan atau bermain selama 90 minit.

Sebaliknya, menurutnya, isu sebenar adalah soal kepercayaan dan penghormatan selepas beberapa persetujuan antara Ronaldo dan Jorge esus dikatakan tidak dilaksanakan.

Bagaimanapun, Jorge Jesus sebelum ini masih membuka pintu untuk Ronaldo kembali ke skuad Portugal.