Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 bakal menjadi pemimpin asing pertama yang diberi penghormatan untuk menyampaikan khutbah solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) pada Jumaat ini, lapor Bernama.

Masjid pertama di bandar tersebut yang dibuka pada 25 September 1995 yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan Anwar Ibrahim dijangka akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-78 yang bermula hari ini hingga 26 September ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini juga merupakan penampilan pertama beliau di perhimpunan tahunan pemimpin dunia itu. Difahamkan Anwar akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim, tindakan yang diambil bagi mencapai Agenda 2030 dan berkongsi mengenai kerangka Malaysia Madani kepada dunia luar.

Anwar akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kanan kerajaan.

Sumber