Paul Pogba masih belum membuat sebarang penampilan untuk AS Monaco musim ini sejak dia menyertai kelab itu secara percuma.
Sebelum ini Pogba mengalami kecederaan ketika di Juventus. Dia kembali semula untuk beberapa minggu dan cedera balik.
Keadaan menjadi malang, ketika dia dalam proses pemulihan, dia dikenakan penggantungan kerana ada barang terlarang dalam badannya ketika dia sempat beraksi untuk Juventus.
Pogba kemudian ditamatkan kontrak oleh Juventus atas persetujuan bersama. Tempoh penggantungannya kemudian dipendekkan daripada 4 tahun kepada 18 bulan selepas rayuan di CAS.
Pogba sempat berkongsi tentang layanan buruk Juventus kepadanya. Di mana dia dihalang untuk berlatih di kompleks sukan kelab itu walaupun penggantungannya sudah diringankan.
Menurutnya, Juventus langsung tidak membelanya ketika berdepan dengan pertuduhan salah guna barang terlarang – malah menamatkan kontraknya.
Dia berkata: “Pedih diperlakukan begitu, setiap kali saya menghantar anak saya ke sekolah hati saya hancur melihat kelab Juventus bertentangan dengan sekolah anak saya.”
Pogba kemudian menyertai AS Monaco. Dia cuba kembali secepat mungkin ke dalam padang dalam usaha membantu kelab itu bersaing merebut kejuaraan.
Namun hasratnya sebelum ini beberapa kali tertangguh. Dan minggu ini dia dijangka sangat bersedia untuk membuat debut. Ini apabila dia mulai menyertai latihan penuh.
Ini dianggap detik paling hampir untuk dia membuat debut sejak penampilan terakhirnya pada September 2023, lebih 2 tahun lalu.
Tetapi malangnya, dia terlibat dalam pertembungan fizikal dengan rakan sepasukan ketika latihan. Yang membuatkan debutnya ditangguhkan sekali lagi kerana dia mengalami kecederaan buku lali.
🚨🚨 𝗣𝗔𝗨𝗟 𝗣𝗢𝗚𝗕𝗔 🇫🇷 𝗘𝗦𝗧 𝗔𝗕𝗦𝗘𝗡𝗧 𝗔̀ 𝗟’𝗘𝗡𝗧𝗥𝗔𝗜̂𝗡𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗗𝗘 𝗠𝗢𝗡𝗔𝗖𝗢 𝗖𝗘 𝗩𝗘𝗡𝗗𝗥𝗘𝗗𝗜 !! ❌
Il s’est fait mal sur un duel à la cheville lors de la séance hier en fin d'après-midi. 🤕
Sa présence dans le groupe semble 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗥𝗢𝗠𝗜𝗦𝗘. 🥶… pic.twitter.com/UaJrRRav9T
— Actu Foot (@ActuFoot_) October 31, 2025
Dia terpaksa melupakan aksi hujung minggu ini berdepan Paris FC. Pengurus AS Monaco mengesahkan perkara itu. Dan menunggu laporan perubatan penuh, sama ada kecederaan itu serius atau tidak.