Police Tero belum pernah mencatat sebarang kemenangan sejak dibimbing oleh bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan kini mereka jatuh ke tangga terakhir dalam carta Liga Thailand.
Baru-baru ini, Police turun menentang Khon Kaen United dalam saingan liga dan ini merupakan perlawanan keempat sejak kelab itu melantik Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih.
Baca Juga:
- Tan Cheng Hoe Nafi Police Tero Sekadar Tempat ‘Transit’
- Berhijrah Ke Thailand Bagai Mimpi Jadi Kenyataan Bagi Tan Cheng Hoe
- Media Thailand Hairan Mengapa Tan Cheng Hoe Pilih Police Tero
Nasib tidak menyebelahi Police apabila mereka tewas dengan keputusan 4-0 sekaligus menghumban mereka ke kedudukan tercorot dalam carta liga.
Semenjak dilantik menjadi jurulatih pasukan Police Tero Fc pada 29 February lalu, coach Tan Cheng Hoe telah mencatat
1 seri 🤝🏼
3 kekalahan ❌Police Tero juga berada di kedudukan terakhir Liga Thai. Mungkin ini cabaran sebenar yang dicari coach TCH 👍🏻#SupportLocalFootball 🇲🇾 pic.twitter.com/GXW3wmcUiE
— Sokong Bolasepak Tempatan 🇲🇾 (@SLFMalaysia) April 3, 2024
Sebelumnya, Police turut mengalami kekalahan ketika berdepan Muangthong United dengan keputusan 3-1 dan PT Prachuap dengan keputusan 2-0.
Satu-satunya mata yang diperoleh ketika dibawah bimbingan Cheng Hoe setakat ini ialah ketika menentang Nakhon Pathom dimana perlawanan itu berakhir dengan keputusan 1-1 yang mana aksi ini merupakan debut jurulatih berusia 55 tahun itu di Liga Thailand.
Keputusan ini tidak mengejutkan dimana Police merupakan kelab yang dilanda masalah dalam sejak awal musim ini yang mana isu gaji pemain dan pegawai pasukan yang lewat dibayar menjadi masalah utama.
Pelantikan Tan Cheng Hoe nyata menimbulkan banyak persoalan di kalangan peminat bola sepak tanah air dan juga negara jiran dimana terdapat media yang mempersoalkan mengapa jurulatih itu meninggalkan pasukan seperti Selangor dan kemudiannya menyertai Police.
Again, very strange decision to leave Selangor to take over a side which is extremely cash-strapped and in the middle of a tough relegation battle. Would’ve liked to see him to go a club with a bit more ambition and potential.
If TCH can keep them up it will be a minor miracle. https://t.co/To5a7iQW1o
— Gian Chansrichawla (@GianChansricha1) February 29, 2024
Salah seorang wartawan sukan di Thailand iaitu Gian Chansrichawla membangkitkan persoalan dimana beliau berasa hairan mengapa Cheng Hoe menyertai sebuah pasukan yang sedang dilanda masalah kewangan selain bergelut di zon penyingkiran dalam carta liga.
Police Tero sebelum ini dibimbing oleh legenda Thailand, Worrawoot Srimaka selaku pengendali sementara dan dengan kehadiran jurulatih berusia 55 tahun itu, Worrawoot kini menggalas tugas sebagai pengarah teknikal kelab.
Police mempunyai baki 7 perlawanan dalam saingan liga untuk dihadapi dan mereka perlu segera mencatat kemenangan sekiranya mahu keluar dari zon penyingkiran.