Kecoh di media sosial baru-baru ini berkenaan dakwaan polis mengiringi seorang usahawan untuk meninggalkan kilangnya apabila diterjah oleh sekumpulan individu.

Polis Johor bagaimanapun menafikan ada memberi keizinan kepada mana-mana kereta pengiring polis untuk membantu mengiringi perjalanan wanita yang dikenali sebagai ‘Makcik Kemboja’ untuk meninggalkan kilangnya di Skudai, semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tiada arahan sedemikian dikeluarkan darinya mahupun Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh.

Justeru, beliau meminta orang awam atau saksi tampil kepada pihak polis menyalurkan maklumat jika benar kejadian seumpama itu berlaku.

“Isu ‘escort’ yang dikatakan (menerusi TikTok) itu mana ada berlaku. Saya atau OCPD (Ketua Polis Daerah) tidak ada keluarkan sebarang arahan pun.

“Jadi, siapa yang tahu kes itu, tampil dan beri maklumat pada polis,” katanya ketika dihubungi oleh media.

Mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di hadapan kilang milik usahawan wanita berkenaan semalam, Kamarul Zaman berkata, polis hadir di lokasi untuk mengawal situasi dan menjaga keamanan.

“Semalam, kita terima laporan ada berlaku kekecohan beberapa individu datang ke kilang wanita itu. Jadi, polis hadir ke lokasi untuk kawal keadaan. Itu sahaja.

“Isu escort tidak ada. Kita cuma nak jaga keamanan bila ada orang ramai berkumpul di sesuatu lokasi. Ini isu lain, isu yang dilakukan wanita itu adalah isu lain yang kini dalam siasatan Polis Melaka,” jelasnya.

@bob_bravo

ramai juga turun prgi kilang makcik tu, kepada anak makcik Kemboja tu lain kali hati2 cabar Orng melayu suruh kutip mak kau, bila orng melayu turun g kilang tak kuar plak..mmm adehh#viral#makcikkemboja#anakmakcikkemboja#parah#ni

♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

Pada masa sama, Kamarul Zaman sekali lagi menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang membayar polis untuk mendapatkan khidmat kereta pengiring dalam kes berkenaan.

Sumber