Usahawan bernama Madame Mariyah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja kini menjadi bualan hangat selepas beliau mengatakan bangsa Melayu adalah pemalas.

Dalam masa sama, salah seorang rakan niaga wanita berkenaan pula muncul mendedahkan kemelut hutang yang dihadapi antara mereka berdua.

Baca Juga:

Jelas seorang pekerja lelaki menerusi akaun TikTok rasmi syarikatnya, sebelum ini memang ramai pihak yang berhutang namun sejarah pembayaran sangat terjaga. Namun situasi berbeza dengan pihak Madame Mariyah yang mana difahamkan pihak wanita itu agak ‘liat’ dalam melunaskan segala hutang.

Tidak hanya buat Mak Cik Kemboja, malahan syarikat pembekal renda dan aksesori baju ini turut memberikan peringatan terbuka kepada semua pihak yang masih belum menyelesaikan hutang niaga mereka.

@lacegallery

Replying to @Aalie m mat Terima kasih yang sentiasa support kami. Ramai ja yang berhutang, tapi bayaran semua cantik. Tapi makcik kemboja ni liat sungguh nak bayar😅 Kami dengan besar hati, nak ajak makcik dan anak makcik, jemput datang kedai kami🥰 #lacegallery #makcikkemboja #anakmakcikkemboja #hutang#fyp

♬ original sound – PEMBORONG LACE – PEMBORONG LACE

Kemunculan video lelaki itu terus mendapat perhatian ramai sehingga videonya meraih lebih 800,000 jumlah tontonan. Sementara itu di ruangan komentar pula para netizen terkejut dengan pendedahan tersebut walhal Mak Cik Kemboja dikatakan sering mengembar-gemburkan tentang mempunyai simpanan jutaan ringgit sebelum ini.

Oleh itu, netizen  mula tertanya-tanya berapa ramaikah pihak yang sudah memberikan hutang kepada Mak Cik Kemboja namun tidak dilunaskan lagi?

Dalam pada itu, lelaki yang mewakili pihak Lace Gallery pula dipuji ramai  kerana boleh berjenaka dan bersikap profesional dalam meminta hutang yang tertunggang oleh pihak Mariyah Holding.