Sebagai seorang pemandu e-Hailing, keselamatan penumpang menjadi satu keutamaan supaya mereka dapat sampai ke destinasi tanpa sebarang insiden berbahaya.

Baru-baru ini portal Singapura, Stomp, melaporkan polis sedang menyiasat kes di mana seorang pemandu Grab dirakam bermain permainan video di telefon bimbitnya ketika memandu membawa penumpang berusia 13 tahun di dalamnya.

Baca Juga:

Menurut si pengadu kepada Stomp yang dikenali sebagai Kim, kejadian berlaku pada 12 Ogos, Sabtu minggu lalu.

Anak lelakinya yang berusia 13 tahun menaiki teksi Grab yang mengenakan bayaran SGD16.60 (RM56.82) pukul 9.51 pagi (waktu tempatan) menuju Singapore Youth Flying Club dari rumahnya.

Sumber Gambar: Stomp

“Pada pukul 9.58 pagi, anak saya menghantar video kepada saya dan menjelaskan bahawa pemandunya bermain permainan Candy Crush semasa memandu.

“Kemudian dia menghantar lagi video dan semakin ketakutan kerana pemandu masih bermain permainan telefon bimbit ketika memandu di Lebuh Raya Kranji (KJE),” ujar Kim.

Beliau meminta anaknya menghentikan pemandu terbabit kerana tindakan tersebut boleh mengundang bahaya buat mereka berdua.

Menurut Kim, pada pukul 10.06 pagi barulah pemandu itu berhenti menggunakan telefonnya seperti yang diminta. Kim juga telah membuat laporan polis, menambah bahawa telefon semasa memandu adalah salah laku lalu lintas yang tertakluk kepada denda sehingga SGD1,000 (RM3,424) dan/atau penjara sehingga enam bulan.”

Kim berkongsi tiga video dengan Stomp, menunjukkan pemandu Grab bermain permainan video pada telefonnya semasa memandu dan menekan skrinnya beberapa kali semasa kereta bergerak.

Polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan sedang meneliti perkara tersebut.

Sumber