Pada ketika ini, rusuhan di Paris masih melarat sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. Perkara ini sekaligus menjadi fokus utama buat Presidennya untuk menstabilkan situasi kembali seperti biasa.

Dalam pada itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini menyalahkan permainan video ketika rusuhan berlaku di ibu kota negara itu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: POLITICO

Rusuhan jalanan menggegarkan pinggir bandar Nanterre di Paris, selepas polis menembak mati seorang remaja muslim berusia 17 tahun semasa satu pemeriksaan polis trafik pada Selasa lalu.

Video kejadian itu mengundang kemarahan pelbagai pihak di seluruh Perancis serta mencetuskan rusuhan terutama sekali di Paris.

Sumber Gambar: Global News

Disebalik rusuhan ini, Macron dikatakan menyalahkan permainan video kerana satu daripada pertiga perusuh yang ditahan di usia yang muda.

Menerusi In Context, Macron turut menyalahkan media sosial seperti Snapchat dan TikTok kerana ia menjadi tempat perusuh berkumpul dan melakukan rusuhan itu.

“Mereka berkelakuan seperti ini kerana permainan video meracun minda mereka,” ujar Macron.

Banyak pihak mengutuk kenyataan Macron dan menganggap bahawa beliau cuba untuk meremehkan tragedi ini dan tidak mengambil kira impak kepada emosi selepas kematian remaja itu.

Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Macron yang menyokong permainan video dan turut mengumumkan bahawa Perancis akan menjadi hos untuk dua acara e-sukan terbesar iaitu Counter-Strike: Global Offensive yang akan berlangsung pada tahun ini dan TrackMania pada tahun depan.